Utusan Borneo (Sarawak)

Adiwira wanita dalam siri terbaru ‘Supergirl’ di TV2

-

KEBANYAKAN penonton dan peminat siri adiwira disajikan dengan filem dan drama yang dimonopoli adiwira lelaki.

Begitu pun menerusi tayangan drama bersiri Inggeris bertajuk ‘Supergirl’ yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 3 September ini, setiap Ahad, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2, penonton dapat melihat kelincahan dan ketangkasa­n adiwira wanita yang hebat beraksi memukau penonton.

Menampilka­n lakonan mantap Mehcad Brooks, Laura Benanti, Chyler Leigh dan Melissa Benoist, 13 episod siri Inggeris arahan Glen Winter ini mempertaru­hkan kisah seorang adiwira yang berasal dari planet lain dan membesar di planet bumi.

Beliau menggunaka­n keupayaan luar biasa yang ada padanya untuk membantu dan menyelamat­kan masyarakat setempat. Kepantasan, kekebalan dan kekuatan fizikalnya digunakan juga untuk menghapusk­an kuasa jahat yang menyerangn­ya.

Ikuti perjuangan seorang gadis dari planet Krypton untuk melindungi bandar di mana beliau dibesarkan dari serangan kuasa jahat. Kara El dihantar ke bumi dari planet Krypton untuk melindungi adik saudaranya, Clark. Kapal angkasanya tersesat dan mendarat ke bumi dua puluh empat tahun kemudian. Beliau dibesarkan oleh keluarga Danvers dan Kara bekerja di sebuah pejabat media bersama adik angkatnya, Alex. Pada suatu hari Kara menggunaka­n keupayaan luar biasanya untuk menyelamat­kan sebuah kapal terbang yang terbakar. Semenjak insiden tersebut Kara digelar Supergirl.

Beliau yang mempunyai kepantasan serta kudrat luar biasa yang membolehka­n beliau mendengar dan melihat dari jarak jauh bertindak membantu masyarakat di Bandar National City menangani pelbagai kecemasan.

Kara yang kini merupakan adiwira hebat ditugaskan juntuk menangani makhluk asing dari planet Krypton yang menyerang National City. Supergirl dengan bantuan Clark yang telah menjadi Superman berjaya menumpaska­n makhluk asing.

Namun Supergirl menghadapi pelbagai penjenayah. Supergirl membantu menyelamat­kan beberapa orang dari letupan bangunan dan tren.

Beliau mengenalpa­sti Enox sebagai perancang kesemua letupan bom yang berlaku di National City. Enox merupakan pekerja yang tidak puas hati dengan majikan Lord Laboratori­es. Enox kemudian membunuh diri.

Pada masa sama Supergirl juga menentang Leslie, seorang wartawan yang telah berubah menjadi ‘live wire’ dan membinasak­an semua harta benda di bandar National City. Supegirl bertindak menghapusk­an kuasa penjahat ini. Sebuah robot hasil penciptaan tentera yang dinamakan Red Tornado digunakan untuk menewaskan Supergirl. Supergirl menggunaka­n segala kuasa luar biasanya dan berjaya menewaskan ‘Red Tornado’.

Supergirl juga menghadapi ancaman dari planet Krypton. Selain dari menyelamat­kan penduduk bandar National City dari pencurian dan gempa bumi, Supergirl juga melawan makhluk asing dari planet Krypton yang ingin menakluki National City.

Supergirl juga berjaya menyelamat­kan Hank Hanshaw yang merupakan Ketua Operasi menghapusk­an makhluk asing bila ia diculik oleh makhluk asing. Di samping itu, Supergirl dengan bantuan rakannya, Winn, dapat mengenalpa­sti ‘hacker’ sistem di pejabatnya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia