Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 190 kontinjen akan jayakan Hari Kebangsaan peringkat Sabah

Sambutan penuh semangat patriotik turut dihadiri 10,000 jemputan

-

KOTA KINABALU: Lebih 190 kontinjen melibatkan agensi kerajaan dan sektor swasta akan menyertai acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Sabah pada 31 Ogos.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata kirakira 10,000 tetamu jemputan, tidak termasuk orang ramai, juga dijangka hadir untuk memeriahka­n acara sambutan berkenaan di Jalan Tun Fuad Stephen itu nanti.

“Persiapan semuanya berjalan dengan baik. Insya-Allah, apabila tiba 31 Ogos nanti, segala-galanya (akan berjalan lancar) untuk memeriahka­n upacara sambutan ini. Saya yakin, segala persiapan sudah hampir selesai,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Aspirasi Merdeka RTM Sabah 2017 di Muzium Sabah anjuran Jabatan Penyiaran Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah dan Jabatan Pendidikan Sabah. Turut hadir Timbalan Pengarah yang juga Pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Mengenai kempen kibar ‘Jalur Gemilang’ setakat ini, beliau berkata jawatankua­sanya sudah mengedarka­n kira-kira 100,000 bendera ke seluruh Sabah untuk dikibarkan bagi menyemarak­kan lagi sambutan ini.

Hajiji berharap lebih banyak sektor swasta dan individu tampil menganjurk­an program sambutan Hari Kebangsaan di tempat masing-masing bagi menyemarak­kan lagi suasana sambutan bersejarah negara berkenaan.

“Harapan saya ialah, kita mainkan peranan masing-masing sama ada sebagai individu atau menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Buatlah secara sukarela untuk memeriahka­n Hari Kebangsaan kita,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata pemilihan ‘ Negaraku Sehati Sejiwa’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017 adalah untuk menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk bersatu padu.

Katanya perjuangan untuk mencapai kemerdekaa­n bukan mudah, justeru, rakyat Malaysia perlu sentiasa memastikan semangat bersatu padu dan muafakat dalam kalangan mereka terus kekal agar kehidupan rakyat dan negara terus sejahtera.

“Dalam konteks masyarakat...kita ingin melihat kepercayaa­n dan keyakinan kepada kepimpinan negara menjadi sebahagian daripada jati diri kita, jati diri rakyat Malaysia. Saya rasa perkara ini bukanlah terlalu sukar kerana sememangny­a inilah budaya seluruh rakyat di Sabah iaitu saling mempercaya­i antara satu sama lain,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MESRA PERNIAGAAN: Musa memalu gong tanda simbolik perasmian Kompleks Beli-Belah ITCC Penampang.
MESRA PERNIAGAAN: Musa memalu gong tanda simbolik perasmian Kompleks Beli-Belah ITCC Penampang.
 ??  ?? BERI MOTIVASI: Christina (kanan) menerima cendera kenangan daripada Alice.
BERI MOTIVASI: Christina (kanan) menerima cendera kenangan daripada Alice.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia