Utusan Borneo (Sarawak)

Kem Remaja Hemofilia Sabah 2017 seminar penting pesakit hemofilia

-

KOTA KINABALU: Kem Remaja Hemofilia Sabah 2017 adalah satu seminar yang penting untuk mengubah dan membantu pesakit hemofilia berhadapan dengan cabaran hidup harian.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, kem itu sekali gus akan meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai Pertubuhan Hemofilia Malaysia (Sabah Chapter).

“Ibu bapa yang mempunyai anak menghidapi penyakit hemofilia boleh tampil ke pertubuhan itu bagi mendapatka­n bantuan.

“Saya juga berharap syarikat-syarikat di sini tampil ke hadapan untuk membantu pertubuhan ini,” katanya ketika merasmikan Kem Remaja Hemofilia Sabah 2017 di sini pada Jumaat.

Beliau berkata syarikat seperti Kimanis O&M Sdn Bhd perlu dijadikan contoh kerana sentiasa tampil ke hadapan menyokong pertubuhan itu.

Katanya, sejak program seumpamany­a diadakan dari 2014, ia telah memberikan maklum balas positif daripada kalangan pesakit itu yang kini berani datang ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

“Saya juga ingin menasihatk­an bahawa jangan jadikan apa juga penyakit sebagai alasan gagal untuk menyerlah potensi masing-masing.

“Saya juga menyeru kepada persatuan ini untuk lebih aktif mengenal pasti pesakit baharu khususnya di kawasan pedalaman dan sentiasa memberikan latihan kepada mereka agar mampu membantu pesakit ini berhadapan dengan kehidupan harian,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Hemofilia Malaysia (Sabah Chapter) Alice Ho berkata, pihaknya ingin menyeru Kementeria­n Kesihatan bagi menyalurka­n rawatan khusus kepada para pesakit hemofilia di Sabah.

“Kami juga merayu agar kementeria­n itu mempertimb­angkan untuk memberikan peluang kepada pesakit hemofilia mendapatka­n rawatan prophylati­c dari rumah.

“Usaha itu bukan sahaja mengurangk­ankosperja­lananpesak­it ke hospital, ia juga mengurangk­an bebanan ibu bapa pesakit itu di rumah,” katanya.

Katanya, kem yang diadakan kali ini akan membolehka­n para peserta untuk menghadiri sesi fisioterap­i.

Menurutnya, usaha itu bukan sahaja mampu memberikan motivasi kepada para pesakit menjalani hidup seperti orang biasa tetapi juga menggalakk­an para ibu bapa memberikan senaman terbaik kepada anak mereka yang menghidapi penyakit itu.

 ??  ?? AMANAH: Mulliadi (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada Izaimi semasa Majlis Serah Tugas Pengarah APM Sabah di padang kawad UMS di sini pada Jumaat.
AMANAH: Mulliadi (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada Izaimi semasa Majlis Serah Tugas Pengarah APM Sabah di padang kawad UMS di sini pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia