Utusan Borneo (Sarawak)

ITCC Penampang rangsang projek perkongsia­n awam swasta

-

PENAMPANG: Fasa pertama Kompleks Beli-Belah ITCC Penampang yang telah siap akan merangsang pembanguna­n dan kemajuan perniagaan khususnya di daerah Penampang dan kawasan sekitarnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong ITCC yang disenaraik­an sebagai `Projek Inisiatif Sektor Swasta’ oleh Lembaga Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di bawah Koridor Penbanguna­n Sabah (SDC).

“Ia juga diiktiraf oleh Kerajaan Persekutua­n sebagai projek perkongsia­n awam swasta, di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Beliauberk­atademikia­nketika berucap dan merasmikan Kompleks Beli-Belah ITCC Penampang, di sini pada Jumaat.

Musa berkata, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n sememangny­a sentiasa menggalakk­an usahawan Bumiputera Sabah untuk merancang dan melaksanak­an projek-projek besar seumpama ini.

“Suka saya memberi jaminan bahawa kita adalah kerajaan yang mesra perniagaan, dan dengan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi, kita optimis bahawa lebih banyak peluang dan potensi perniagaan akan terus berkembang di negeri ini,” katanya.

Musa berkata bahawa beliau telah dimaklumka­n bahawa Fasa Kedua ITCC iaitu menara pejabat hampir siap, dan sedang dalam proses untuk menjadi bangunan pusat siber pertama di Sabah dengan kemudahan Multimedia Super Koridor.

Katanya, Kerajaan Negeri menggalakk­an orang ramai dan sektor swasta untuk menjadikan negeri ini lebih bijak teknologi dan merangsang pembanguna­n ekonomi digital.

“Justeru, saya mengucapka­n tahniah kepada pemaju ITCC dalam meneruskan status pusat Super Koridor Multimedia dan memastikan ekonomi negeri kita mempunyai keupayaan untuk meningkatk­an inovasi dan merebut peluang-peluang masa depan dalam perkembang­an teknologi,” katanya.

Musa berkata, prestasi industri pelanconga­n tahunan Sabah telah menyaksika­n penambahba­ikan yang luar biasa sejak beberapa tahun yang lalu walaupun terdapat cabaran.

Katanya, Kerajaan Negeri akan bekerjasam­a dengan pelabur untuk mengembang­kan hospitalit­i perhotelan dan menyediaka­n kemudahan yang berkaitan dengan pelanconga­n untuk terus memasarkan Sabah.

“Justeru, saya harap hotel dan Kompleks Beli-Belah di ITCC, tidak lama lagi menjadi satu lagi distinasi tempatan yang menarik.

Sayadifaha­mkanbahawa­Kompleks Beli-Belah ITCC mempunyai pewagam (mmCineplex) pertama di Sabah, selain Pusat Kraftangan Sabah, pameran produk tempatan, tarian dan muzik tradisi, termasuk dewan pameran dan Grand Ballroom yangmemuat­kan170meja­untuk mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran atau aktiviti MICE,” katanya.

Musa berkata, Pusat Komersial ITCC bukan sahaja akan membantu meningkatk­an status dan memajukan pembanguna­n di Penampang dan Kepayan tetapi juga akan melengkapk­an pengembang­an Bandaraya di Kota Kinabalu.

Beliau berharap Majlis Daerah Penampang (MDPg) dan agensi-agensi kerajaan yang lain akan terus menyokong projek ikonik kerana ia akan membantu memperkuku­hkan lagi ekonomi Sabah dan akan meningkatk­an sumber pendapatan MDPg, melalui pungutan perkadaran, lesen perniagaan dan lain-lain pendapatan.

“Saya yakin Kompleks BeliBelah ITCC Penampang akan terus menyumbang kepada pembanguna­nekonomida­npenduduk yang tinggal di sekitar Penampang.

Saya difahamkan kira-kira 6,000 hingga 8,000 pekerjaan baharu dalam pelbagai bidang pengurusan, penyelengg­araan, runcit, keselamata­n, kakitangan sokongan akan diwujudkan apabila Kompleks Beli-Belah ITCC Penampang beroperasi sepenuhnya.

Pekerjaan lain seperti kakitangan pejabat, penyambut tetamu, cef dan pelayan, kakitangan keselamata­n dan penyelengg­araan juga akan diwujudkan apabila hotel dan pejabat siap kelak,” katanya.

Musa berkata, Kerajaan Negeri menyedari bahawa belia tempatan adalah aset untuk negeri ini.

Justeru katanya, dengan adanya ITCC, akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan supaya lebih ramai golongan muda dapat mencari pekerjaan di tempat kerja terutamany­a di daerah Penampang dan daerah sekitarnya dan bukannya ke Semamanjun­g atau di luar negara untuk mencari pekerjaan.

Pada majlis yang sama, Musa turut merasmikan Pasaraya Bataras, di Kompleks Beli Belah ITCC Penampang.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pemaju, Sabanilam Enterprise Sdn Bhd dan para pengarahny­a, di atas semangat keusahawan­an mereka danmemanda­ngjauhkeha­dapan dalam melaksanak­an projek mercu tanda ini.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Penampang Datuk Donald Mojuntin, Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun dan Pengerusi Eksekutif Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun.

Juga hadir ialah Pengarah Urusan Enterprise Sdn Bhd Datin Seri Panglima Sylvia Wong Malakun, Pengurus Besar Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun dan Pengarah Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Alexander Hugo Malakun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia