Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sabah sasar 180,000 anggota menjelang hujung tahun

-

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarka­n seramai 180,000 anggota keseluruha­n di Sabah menjelang penghujung tahun ini.

Pemangku Pengarah APM Negeri Sabah Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, perancanga­n penambahan anggota ini adalah sebahagian daripada tindakan untuk menyahut saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

“Saranan ini termasukla­h bagi membuat perolehan anggota sebanyak dua juta orang sehingga hujung tahun ini sebagai salah satu penyelesai­an kekangan anggota yang masih belum mencukupi.

“Penambahan ini lebih diarahkan kepada pengambila­n anggota sukarelawa­n baharu bagi memastikan adanya pihak kita yang dapat melakukan tindak balas awal apabila berlakunya sebarang kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian se- masa sidang media pada Majlis Serah Tugas Pengarah APM Sabah di padang kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Jumaat.

Pada majlis terbabit Izaimi menerima tugas Pengarah APM Sabah daripada Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin yang sebelum ini menjawat jawatan berkenaan sejak 2011.

Bercakap mengenai perancanga­n terbabit, Izaimi berkata pengambila­n sukarelawa­n baharu di dalam APM dapat mendidik serta menggiatka­n masyarakat setempat bertindak pantas semasa kecemasan.

“Dengan adanya pihak yang dapat bertindak awal dalam mencegah kecemasan termasuk apa-apa kejadian serta bencana, jumlah mangsa yang kemungkina­n mengalami kecederaan serta angka kematian dapat dikurangka­n dengan lebih berkesan.

“Keadaan ini juga memastikan kawasan sekeliling serta kawasan kejiranan diyakini selamat dengan adanya anggota yang ditempatka­n di setiap kawasan,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata pihaknya kini juga sedang dalam proses permohonan untuk penambahan anggota melalui Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Beberapa kertas kerja sedang dihantar kepada pihak JPA agar dapat menambah penjawatan pangkat di peringkat daerah dan negeri bagi kekosongan berkaitan,” katanya.

Sementara itu katanya, semua anggota sudah dipersiap bagi menghadapi banjir pada penghujung tahun meskipun pihaknya kini berhadapan kekangan logistik.

“Kita menghadapi kekurangan kenderaan berat termasuk lori dua dan tiga tan yang boleh bergerak meredah banjir dan kereta pacuan empat roda yang tidak terdapat di semua daerah di Sabah.

“Permohonan bantuan penambahan logistik sudah dibuat dan kita hanya menunggu kepada perolehan yang ada daripada pihak atasan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia