Utusan Borneo (Sarawak)

Janin perempuan ditemui di dalam tong sampah

-

TAWAU: Polis menggerakk­an usaha mengesan dan menangkap dua suspek yang disyaki mendalangi ‘kes buang bayi’ dalam tong sampah di hadapan sebuah bengkel, Batu 3 Jalan Apas, di sini, Jumaat.

Gerakan itu susulan penemuan satu janin perempuan dalam tong drum merah dengan bungkusan kain baju jeans kot labuh biru gelap, serta seluar dalam bercorak belang hijau merah.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kedua-dua suspek lelaki terbabit dipercayai berusia lingkungan 20-an dan disyaki dalang utama kejadian itu.

“Berdasarka­n rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di premis berhampira­n, keduadua suspek dilihat meletakkan bungkusan janin ke dalam tong sampah kira-kira jam 3.30 pagi,” katanya.

Bagaimanap­un, Fadil berkata deskripsi ataupun perincian fizikal kedua-dua suspek belum dapat dikenal pasti polis kerana rakaman CCTV yang tidak jelas.

Menurutnya, polis menerima maklumat berhubung penemuan janin oleh orang awam dalam sebuah tong dram di hadapan sebuah bengkel kirakira jam 10.20 pagi.

“Semasa saksi berada di Kedai Yun Hin, bersebelah­an Restoran Tawau Mee Tauhu, pekerjanya memberitah­u ada janin ditemui dalam tong sampah,” katanya.

Beliau berkata sebaik menerima maklumat berkenaan, saksi terus menghubung­i polis serta melaporkan mengenai hal terbabit untuk siasatan dan tindakan susulan.

Mengulas lanjut, hasil bedah siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari di kamar mayat Hospital Tawau oleh Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth mendapati jantina janin, perempuan.

“Janin perempuan itu dipercayai baharu berusia 22 minggu serta dianggarka­n mempunyai berat 200gm dan panjang kirakira 23sm,” katanya.

Berdasarka­n analisis bedah siasat juga mendapati janin berkenaan tidak mampu untuk hidup apabila dilahirkan, kerana paru-parunya yang belum berfungsi sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia