Utusan Borneo (Sarawak)

Rebut RM30 daftar untuk akaun Maxis ShopBack

Dapatkan rebat tunai menerusi apa-apa sahaja pembelian

-

KUCHING: Lebih 2 juta pelanggan pascabayar Maxis kini boleh mendapatka­n tunai sebanyak RM30 apabila mereka mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack dan membuat transaksi pertama mereka dari lebih 500 kedai atas talian di ShopBack sehingga 17 September ini.

Menurit kenyataan akhbarnya semalam, pelanggan boleh mendapatka­n rebat tunai dari pembelian bagi apa-apa sahaja, seperti tiket penerbanga­n, penginapan hotel, barangan runcit, pakaian, serta penghantar­an makanan dan perkhidmat­an tunggangan.

Di samping itu, pelanggan Maxis boleh mendapatka­n sehingga 5 peratus rebat tunai tambahan dan menikmati tawaran eksklusif dari kedaikedai terpilih pihaknya.

“Statistik menunjukka­n bahawa rakyat Malaysia gemar berbelanja secara atas talian.

“Jumlah transaksi atas talian terus meningkat di mana Malaysia mempunyai penembusan tertinggi bagi pembeli atas talian.

“Pihak kami telah bekerjasam­a dengan ShopBack untuk menambah nilai kepada para pelanggan kami melalui pelbagai tawaran eksklusif, dan menghargai sokongan semua rakan kongsi kami yang turut bersemanga­t untuk memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang benarbenar berbeza,” kata Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis, Dushyan Vaithiyana­than.

Pelanggan Maxis boleh menikmati rebat tunai dari akaun Maxis ShopBack mereka melalui daftar untuk akaun Maxis ShopBack di www. shopback. my/ Maxis ( Pelanggan sedia ada ShopBack perlu mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack baharu untuk menikmati manfaat tambahan ini).

Pilih kedai dan diarahkan ke laman web atau aplikasi untuk melengkapk­an perbelanja­an atas talian anda.

Dapatkan rebat tunai dalam akaun Maxis ShopBack anda.

Pelanggan boleh memilih untuk mengeluark­an rebat tunai mereka atau menggunaka­nnya untuk membayar bil Maxis mereka.

Sehingga 17 September, pelanggan Maxis ShopBack juga akan menikmati manfaat tambahan iaitu dua kali perkhidmat­an tunggangan Grab percuma (bernilai RM5 setiap tunggangan).

Pelanggan boleh mendapatka­n kod promo dari banner kempen Maxis di dalam aplikasi ShopBack 6 peratus rebat tunai upsized di kedai atas talian Uniqlo.

Hadiah eksklusif percuma dengan apa sahaja pembelian dari Sephora.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana pelanggan boleh dibayar untuk membeli-belah secara atas talian dengan Maxis ShopBack, saksikan video ini; Statistics Reveal That Malaysians Are Spending More Than Ever on Online Stores, dan Malaysians are online shopaholic­s.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia