Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi eksklusif Ford Ranger

-

KUCHING: Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal bagi Ford di Malaysia menyediaka­n peluang bagi orang ramai untuk memiliki Ford Ranger XLT 3.2 AT, hanya dengan bayaran pendahulua­n RM100*, semasa Bulan Trak Ford.

Sebagai tambahan promosi eksklusif itu, Ford Rangers juga akan membuat penampilan pada hujung minggu terpilih di bandar-bandar Sabah dan Sarawak bermula sekarang, hingga 31 Oktober ini.

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya berharap lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak, akan mengambil peluang itu untuk membuat pilihan bijak dengan men- empah dan memandu pulang trak berkuasa namun ternyata menjimatka­n.

“Ford telah menghasilk­an trak-trak ikonik sejak 100 tahun dahulu dan ia merupakan trak pikap yang ideal termasuk untuk pengembara­an tidak berkesudah­an dengan keluarga dan rakan-rakan anda,” katanya.

Ranger didatangka­n dengan teknologi pintar seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Kawalan Traksi yang membantu mengawal pengemudi dengan membetulka­n garis pemanduan melalui gabungan aplikasi brek ke roda yang sesuai dan penguranga­n tork enjin.

Kawalan Beban Adaptif, yang mengambil kira keadaan pemunggaha­n kenderaan dan memastikan ESC juga digu- nakan dengan sewajarnya.

Selain ciri-ciri itu, adalah sistem ‘Mitigation Rollover’ untuk mengenal pasti situasi pemanduan yang berbahaya dan mengaktifk­an ESC untuk memulihkan kestabilan.

Ranger turut dilengkapi dengan Sistem Stereng Kuasa Kawalan Elektronik (EPAS), keupayaan menunda 3,500 kilogram dan banyak lagi ciri keselamata­n pintar dan keselamata­n bertaraf lima bintang.

Bagi kuasa maksimum dan daya kilas untuk menunda tugas berat, Ranger dikuasakan oleh enjin diesel TDCi Duratorq lima liter silinder 3.2 liter yang memberikan 200Ps kuasa dan tork 470 Nm yang mengagumka­n untuk membantu melaksanak­an tugas, di mana-mana dari segi ekonomi.

Ranger juga boleh didapati dalam enam pilihan warna, termasuk Pride Orange, Aluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolit­an Grey dan Black Mica sementara Jet Black juga boleh didapati sementara stok masih ada.

Kunjungi ruang pameran Ford terdekat sekarang untuk menikmati penjimatan hebat pada Bulan Trak Ford bermula sekarang hingga 31 Oktober.

Layari www.sdacford.com. my untuk maklumat lanjut mengenai Ford Ranger.

*Sah hanya untuk model YM 2016 Ford Ranger XLT 3.2 AT. Bayaran pendahulua­n RM100 adalah tertakluk kepada kelulusan pinjaman 90 peratus dari harga kenderaan seperti dinyatakan dalam senarai harga. Hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Sementara stok masih ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia