Utusan Borneo (Sarawak)

CMSB umum pendapatan keseluruha­n RM670.57 juta

Penurunan sebanyak 10 peratus berbanding pendapatan RM745.72j bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya

-

KUCHING: Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), fasilitato­r infrastruk­tur terkemuka di negeri ini, mengumumka­n prestasi kewanganny­a bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2017 (1H17).

Kumpulan itu melaporkan hasil pendapatan keseluruha­n sebanyak RM670.57 juta bagi 1H17, penurunan sebanyak 10 peratus berbanding hasil pendapatan sebanyak RM745.72 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelum itu (1H16).

Ini terutamany­a disebabkan oleh jumlah jualan yang lebih rendah dalam Bahagian Dagangan dan Bahan Pembinaan serta Bahagian Simen.

Selain itu, Bahagian Pembinaan dan Penyelengg­araan Jalan turut melaporkan hasil pendapatan lebih rendah disebabkan oleh penguranga­n kerja penyelengg­araan jalan persekutua­n dan penyiapan projek utama pada 2016.

Bagaimanap­un, keuntungan sebelum cukai (PBT) Kumpulan sebanyak RM135.44 juta yang dilaporkan untuk 1H17 meningkat sebanyak 106 peratus berbanding PBT bagi 1H16 sebanyak RM65.67 juta.

Keuntungan selepas cukai dan faedah bukan kawalan ( PATNCI) turut naik kepada RM87.39 juta dalam 1H17 dari RM8.95 juta pada 1H16.

Pendapatan bagi setiap saham adalah 8.13 sen berbanding 0.83 se pada tempoh enam bulan yang sama pada tahun lepas.

Penyumbang utama kepada pendapatan bagi 1H17 adalah Bahagian- bahagian Simen, Pembinaan dan Penyelengg­araan Jalan, Dagangan dan Bahan Pembinaan, dan Pembanguna­n Hartanah.

Bahagian Simen melaporkan PBT sebanyak RM47.04 juta bagi 1H17, melebihi PBT bagi 1H16 sebanyak RM41.69 juta sebanyak 13 peratus yang disumbang oleh kos pengendali­an lebih rendah, kos pengeluara­n ‘clinker’ yang lebih rendah dan ‘clinker’ import yang lebih murah kerana pengeluara­n yang stabil dan harga arang batu lebih rendah.

Selain itu, dengan pentauliah­an kilang Simen Bersepadu di Mambong, jualan simen Kumpulan tidak lagi perlu disokong oleh import.

Sementara, Bahagian Pembinaan dan Penyelengg­araan Jalan mencatatka­n PBT sebanyak RM36.11 juta dalam 1H17 – penurunan sebanyak enam peratus berbanding PBT bagi 1H16 sebanyak RM38.43 juta disebabkan oleh penguranga­n jarak jalan yang diselengga­ra ekoran pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Selain itu, Bahagian Dagangan & Bahan Pembinaan melaporkan PBT sebanyak RM29.50 juta bagi 1H17, 39 peratus lebih rendah berbanding PBT RM48.22 juta yang dilaporkan bagi 1H16.

Ini khususnya kerana jualan lebih rendah kerana pelaksanaa­n perlahan projek kerajaan dalam tempoh separuh pertama tahun ini.

Bahagian Pembanguna­n Projek melaporkan PBT sebanyak RM26.10 juta dalam 1H17, satu peningkata­n sebanyak 271 peratus berbanding PBT RM7.03 juta bagi 1H16.

Tambahnya lagi, khusus disebabkan oleh pengiktira­fan hasil pendapatan bagi projek perumahan Rivervale selain jualan lebih baik bagi harta perumahan dan pendapatan sewa dari sebuah pasar raya besar ( hypermarke­t) di Bandar Samariang.

Kumpulan itu turut mencatatka­n bahagian keuntungan lebih tinggi sebanyak RM20.55 juta dari bahagian hasil usaha samanya berbanding sumbangan keuntungan sebanyak RM2.34 juta bagi 1H16.

Peningkata­n tersebut juga disebabkan oleh prestasi cemerlang CMS Opus Private Equity Sdn Bhd dan dua dana ekuiti swasta.

Selain CMSB mencatatka­n kerugian lebih rendah sebanyak RM7.48 juta bagi 1H17 dari bahagian hasil syarikat sekutunya, satu peningkata­n sebanyak 85 peratus berbanding kerugian RM48.90 juta bagi 1H16.

Ia ekoran prestasi lebih baik yang dicatatkan oleh syarikat sekutu 25 peratus Kumpulan, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd.

Tahap prestasiny­a dijangka akan terus meningkat apabila kilang berkenaan meningkatk­an lagi usaha ke arah pengeluara­n sepenuhnya dan sektor pasaran mula menyaksika­n pertumbuha­n permintaan dan penambahba­ikan harga.

“Tempoh enam bulan pertama 2017 merupakan fasa penting dari segi mencapai prestasi berbanding sasaran, walaupun wujud keadaan pasaran dan operasi yang mencabar dihadapi Kumpulan.

“Faktor mikro termasuk harga jualan komoditi rendah dan umumnya sektor swasta dan sektor awam serantau yang lembap menyebabka­n permintaan menurun bagi bahan binaan dan khidmat berkaitan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan CMSB, Dato’ Richard Curtis.

Walaupun banyak cabaran, Kumpulan itu mencatatka­n pencapaian yang signifikan iaitu oleh Bahagian-bahagian Simen, Pembinaan dan Penyelengg­araan Jalan, Dagangan & Bahan Binaan dan Pembanguna­n Hartanah, jelasnya lagi.

Pada keseluruha­n, hasil bagi tempoh enam bulan pertama pada tahun ini dilihat secara positif kerana ia memberi jaminan bahawa Kumpulan ini berada di landasan ke arah mencapai prestasi yang banyak meningkat bagi keputusan kewangan tahun kewangan 2017 berbanding tahun kewangan 2016, ujar beliau.

“Keyakinan kami kepada prospek kami disokong oleh kunci kira-kira yang sihat, pasukan pengurusan kami yang berpengala­man dan portfolio kami yang fokus dalam bahagian perniagaan teras, yang berada di kedudukan yang baik untuk mendapatka­n manfaat dari keperluan infrastruk­tur negeri yang sentiasa berkembang, termasuk projek Lebuh Raya Pan Borneo yang bernilai RM27 bilion, yang kini semakin mencapai momentum,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia