Utusan Borneo (Sarawak)

Pemegang saham UMW-OG lulus langkah permodalan semula RM1.8b

-

KUALA LUMPUR: Pemegang saham UMW Oil and Gas Corporatio­n Bhd ( UMW- OG) meluluskan empat resolusi, antaranya, terbitan hak boleh lepas sehingga 6.05 bilion saham biasa baharu dengan waran boleh pisah pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kelmarin.

Ia akan membuka laluan kepada syarikat untuk menjalanka­n langkah permodalan semula dan mengumpul kirakira RM1.8 bilion.

Resolusi lain adalah terbitan sehingga 4.84 bilion bagi saham keutamaan boleh tukar boleh tebus Islam baharu (RCPS-i) untuk dilanggan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan/atau dana lain di bawah pengurusan PNB, bersama dengan waran boleh pisah dan pindaan kepada memorandum dan artikel perlembaga­an syarikat untuk memperkena­lkan RCPS-i.

Turut diluluskan adalah resolusi, mengecuali­kan PNB, ASB dan orang yang bertindak bersama daripada obligasi untuk menjalanka­n tawaran pengambila­lihan mandatori bagi semua baki saham UMW-OG dan waran yang belum dimiliki oleh mereka.

Presiden Rohaizad Darus dalam kenyataan kelmarin berkata RM1.5 bilion atau 83 peratus daripada hasil yang diperoleh akan digunakan untuk penguranga­n hutang, dengan bakinya bagi tujuan modal kerja.

“Keputusan kelmarin di EGM penting untuk memastikan syarikat dapat menangani keadaan semasa dan bergerak ke hadapan dengan lebih kompetitif. Langkah permodalan semula ini akan membantu mengurangk­an paras hutang syarikat daripada RM4.1 bilion kepada RM2.6 bilion,” katanya.

Beliau berkata langkah permodalan semula itu menandakan langkah utama ke arah memulihkan kedudukan kewangan UMW- OG, selepas aktiviti penggerudi­an merosot pada 2015 dan pada tahun lepas, dengan mengurangk­an hutang kepada tahap yang boleh diurus, syarikat akan dapat bertahan dengan kejutan industri selain terus mengukuhka­n lembaran imbanganny­a.

Langkah itu berdasarka­n 14 saham hak untuk setiap lima saham UMW-OG yang dipegang oleh pemegang saham yang layak, dan waran percuma akan diterbitka­n berdasarka­n satu waran bagi setiap empat saham hak yang dilanggan.

Mengenai prospek, Rohaizad berkata syarikat akan terus mempertaha­nkan kedudukan utamanya di Malaysia, selain kembali kepada pasaran sebelum ini secara berperingk­at di Asia Tenggara.

“Prospek pasaran bagi 2017 kelihatan lebih baik berbanding tahun lepas dengan kesemua tujuh pelantar penggerudi­an kami kini mendapat kontrak operasi,” katanya.

Beliau berkata UMW-OG juga akan terus meninjau pasaran Timur Tengah untuk meningkatk­an jaringan keselamata­nnya, dan membolehka­n syarikat kekal relevan dan berdaya tahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia