Utusan Borneo (Sarawak)

Sime Darby atasi sasaran petunjuk prestasi utama

-

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd mengatasi sasaran petunjuk prestasi utamanya (PPU) sebanyak 11 peratus dengan mencatatka­n pendapatan bersih sebanyak RM2.44 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2017.

Konglomera­t itu dalam satu kenyataan berkata Pulangan bagi Purata Ekuiti Pemegang Saham (ROASE) pada 7.0 peratus bagi tahun kewangan 2017 naik 0.6 mata peratusan berbanding sasaran PPU ROASE KPI pada 6.4 peratus.

Keuntungan kumpulan sebelum faedah dan cukai bagi tahun itu berjumlah RM3.56 bilion, naik 13 peratus, daripada RM3.15 bilion yang dicatatkan dalam tahun kewangan sebelumnya.

Keputusan itu dicapai meskipun penyusutan nilai dan peruntukan berjumlah RM605 juta dalam suku keempat dan RM684 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2017.

Pendapatan bersih kumpulan bagi kedua- dua operasi yang disambung dan tidak disambung berjumlah RM2.44 bilion meningkat sedikit daripada tahun sebelumnya pada RM2.42 bilion.

Tanpa penyusutan nilai, pendapatan bersih bagi tahun ini berjumlah RM3.1 bilion.

Bagi suku keempat yang berakhir 30 Jun 2017, pendapatan bersih berjumlah RM571 juta, berbanding dengan RM1,226 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, merupakan penurunan 53 peratus tahun ke tahun.

Keputusan itu dicapai meskipun penyusutan nilai dan peruntukan berjumlah RM605 juta dalam suku keempat dan RM684 juta dalam tahun kewangan 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata prestasi kumpulan itu disumbang oleh pencapaian bahagian perladanga­n serta permotoran­nya.

“Bahagian perladanga­n menikmati harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi serta peningkata­n penghasila­n tandan buah segar (TBS). Bahagian permotoran di Malaysia dan China pula menjadi pemacu utama bagi membolehka­n segmen itu mencatat prestasi yang kukuh.

“Saya amat gembira untuk menyatakan bahawa kami telah berjaya mengatasi sasaran KPI biarpun beroperasi dalam landskap tidak menentu dan terjejas bernilai hampir RM700 juta,” katanya.

Susulan semakan operasinya, sumbangan bahagian perladanga­n itu terjejas sebanyak RM202 juta pada suku keempat TK2017, membabitka­n operasi di Liberia dan RM39 juta bagi Emery Oleochemic­als yang mana 50 peratus kepentinga­nnya dimiliki oleh Sime Darby.

Operasi Liberia dijejaskan oleh faktor seperti penularan wabak Ebola serta standard alam sekitar yang lebih ketat sehingga membantutk­an pelan pertumbuha­nnya sejak 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia