Utusan Borneo (Sarawak)

BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena Sukan SEA

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) telah mengeluark­an duit syiling peringatan sempena Sukan Asia Tenggara (SEA) Ke- 29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, duit syiling yang dikeluarka­n pada 16 Ogos itu terdiri daripada duit syiling perak berwarna pruf, duit syiling peringatan emas Nordic serta set duit syiling dua dalam satu.

Bank pusat itu berkata, berdasarka­n maklum balas orang ramai dan bagi memastikan peluang yang sama untuk semua orang membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan, iaitu satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak dan tiga duit syiling emas Nordic bagi setiap pembeli.

“Bagi memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan melalui e-mel kepada commorder@ bnm. gov. my atau melalui borang tempahan yang boleh didapati di Muzium dan Galeri Seni BNM dan pejabat BNM di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu,” katanya.

Tempahan boleh dibuat mulai 29 Ogos 2017 hingga 1.00 petang pada 5 September 2017.

“Jika tempatan lebih daripada kuantiti jualan, proses undian akan diadakan. Keputusann­ya akan diumum pada 8 September 2017 di www. bnm. gov. my dan di Muzium dan Galeri Seni BNM serta pejabat BNM di seluruh negara,” katanya.

Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil duit syiling mereka mulai 8 hingga 12 September 2017 di Muzium dan Galeri Seni BNM, setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum dan di pejabat bank tersebut di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu ( hari bekerja).

Pembeli perlu hadir sendiri dan menunjukka­n bukti pengenalan diri yang sah untuk mengambil duit syiling berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mereka boleh hubungi 1300- 88- 5465 ( 1- 300- 88LINK) atau bnmtelelin­k@ bnm.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia