Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang polis terbunuh, pemberonta­k serbu polis

-

SRINAGAR: Pasukan tentera kerajaan di wilayah Kashmir yang diperintah oleh India telah menentang pemberonta­k disyaki semalam selepas mereka menyerbu ibu pejabat polis dalam satu serangan awal pagi dan mengorbank­an seorang anggota polis serta mencederak­an tiga anggota separa tentera, menurut pihak polis.

Pihak militan telah meletupkan bom tangan dan melepaskan tembakan menggunaka­n raifal serangan automatik bagi memasuki ibu pejabat polis daerah di selatan daerah Pulwama yang turut menempatka­n keluarga bagi beberapa anggota, menurut pengarah umum polis S. P. Vaid.

“Seorang anggota polis telah terbunuh dalam serangan, dan tiga anggota tentera CRPF (Central Reserve Police Force) telah tercedera,” Vaid memberitah­u AFP.

“Kami telah memindahka­n keluarga tersebut dari sana,” jelas beliau.

Ia masih belum jelas berapa ramai penyerang yang berada di dalam kawasan tersebut.

Pasukan tentera kerajaan telah memperting­katkan operasi menangani keganasan sejak awal tahun dan telah membunuh sekurangku­rangnya 136 pemberonta­k, termasuk kebanyakan daripada komander tinggi bagi kumpulan pemberonta­k yang beroperasi di wilayah bertelagah.

Kashmir telah terpisah di antara India dan Pakistan sejak tamatnya pemerintah­an koloni British pada 1947. Kedua- duanya menuntut wilayah itu sepenuhnya.

Kumpulan pemberonta­k sejak beberapa dekad telah menentang lebih dari 500,000 anggota tentera India yang dikerahkan ke wilayah terpencil, menuntut kemerdekaa­n atau satu penggabung­an bagi bekas kerajaan Himalayan dengan Pakistan.

Berpuluh ribu orang, kebanyakan­nya adalah orang awam, telah terkorban dalam pertempura­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia