Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah keluarga mendiang wira kemerdekaa­n RD Kongo dipecah masuk

-

KINSHASA: Keluarga bagi mendiang wira kemerdekaa­n Republik Demokratik Kongo, Patrice Lumumba, menyatakan rumah mereka di Kinshasa telah dipecah masuk oleh anggota tentera kelmarin dan anak perempuann­ya Juliana telah diserang dan dicederaka­n.

“Lima anggota tentera berjaya memasuki sekatan” di kediaman keluarga Lumumba pada jam 1:00 pagi waktu tempatan, menurut Francois Lumumba, anak sulung lelaki kepada perdana menteri pertama Kongo.

Semasa rompakan itu Juliana, adik perempuann­ya, telah cuba melawan penceroboh tersebut dan “dipukul di kepala dengan bahagian belakang raifal,” menurut beliau dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa penyerang telah melarikan diri dengan “barangan peribadi dan sejumlah wang.”

Rompakan dan penculikan telah menjadi semakin kerap di DR Congo di kawasan bandar Kinshasa di daerah Gombe, yang menempatka­n beberapa ibu pejabat perniagaan dan kedutaan asing.

Patrice Lumumba merupakan perdana menteri Kongo pertama yang dilantik secara sah yang telah dilihat sebagai seorang wira di sekitar Afrika bagi peranannya dalam perjuangan benua itu untuk kemerdekaa­n dari Belgium.

Beliau telah digulingka­n dalam satu rampasan kuasa dalam tempoh hanya 12 minggu selepas pilihan rayanya pada Jun 1960, dan kemudian ditangkap dan dihukum mati oleh skuad penembak ketika satu episod era Perang Dingin dikatakan sebagai telah melibatkan pihak CIA.

DR Congo sekarang mengalami satu krisis politik yang baharu, selepas pemimpin sekarang Presiden Joseph Kabila enggan untuk melepaskan jawatannya sejajar dengan perlembaga­an bagi menamatkan penggal kedua lima tahun pelantikan­nya, yang telah tamat pada Disember lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia