Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditembak mati setelah tikam askar di Brussels

-

BRUSSELS: Seorang lelaki bersenjata­kan pisau ditembak mati kelmarin setelah dia mencederak­an seorang askar di Brussels dalam kejadian yang disyaki “serangan pengganas” manakala di London, penyiasat antikegana­san menyiasat serangan serupa ke atas polis berhampira­n Istana Buckingham.

Pendakwa raya di Belgium berkata penyerang menjerit “Allahu akbar” (Allah Maha Besar) sewaktu serangan itu sebelum ditembak oleh askar di pusat bandar raya yang sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak pembunuhan beramai-ramai pada tahun lepas di lapangan terbang dan dalam kereta api bawah tanah.

“Kami percaya ia adalah satu serangan pengganas,” kata seorang jurucakap bagi pejabat pendakwa raya.

Serangan itu berlaku sekitar jam 8.00 malam (waktu tempatan) dan media Belgium berkata penyerang berusia kira-kira 30 tahun dan berketurun­an Somalia.

Tidak sampai dua jam kemudian, dua anggota polis British cedera ringan ketika mereka menangkap seorang lelaki dengan pisau besar di luar Istana Buckingham di London.

Insiden tersebut menyusuli serangan kenderaan yang diakui dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS) di Sepanyol pada minggu lepas yang mengorbank­an 15 orang dan satu lagi serangan tikaman di Finland yang mengorbank­an dua orang dan mencederak­an lapan lagi.

Seorang daripada dua askar yang diserang di Brussels cedera “sedikit”, menurut pendakwa raya persekutua­n, yang telah membuka siasatan pengganas.

“Semua sokongan kita bagi tentera kita,” tweet Perdana Menteri Belgium Charles Michel.

“Perkhidmat­an keselamata­n kita masih memberi perhatian, kita sedang memantau situasi denagn dekat bersama Pusat Krisis,” tambahnya.

Datuk Bandar Philippe Close memberitah­u pemberita, insiden itu adalah angkara seorang “individu tunggal”.

“Saya terdengar jeritan dan seterusnya dua tembakan,” kata seorang saksi bernama Yohan kepada AFP, yang enggan memberikan nama keluargany­a.

Ketika dia mendekati tempat kejadian, katanya, dia melihat “seorang askar berdarah dari tangannya dan seorang lelaki di atas tanah”, yang berjambang dan memakai penutup kepala.

Serangan itu berlaku di sebuah lebuh hias berhampira­n dataran pusat Grand Place, salah sebuah kawasan “sensitif” di ibu negara di mana askar bersenjata meronda kerana ancaman pengganas.

Askar telah dikerahkan ke stesen kereta api dan bangunan mercu tanda di ibu kota Belgium sejak serangan November 2015 ke atas Paris selepas penyiasat mendapati penyerang ada kaitan yang jelas dengan Brussels.

Kehadiran mereka diperkukuh­kan lagi sejak pengebom nekad menyerang Lapangan Terbang Zavantem dan stesen metro Maalbeek pada Mac 2016, membunuh 32 orang dan mencederak­an ratusan lagi.

Pembunuhan beramairam­ai di Paris, yang mengorbank­an 130 orang dan mencederak­an ratusan lagi, diakui dilakukan oleh IS, yang turut menyatakan ia mendalangi serangan bom di Brussels.

Pada Jun lalu, seorang lelaki yang cuba mengebom stesen kereta api Sentral Brussels ditembak mati oleh seorang askar.

Tidak ada yang cedera tetapi pegawai berkata akibatnya mungkin lebih buruk jika bom, yang dipadat dengan paku dan kanister gas, diletupkan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TUMPAS: Pegawai polis dan seorang askar melihat seorang lelaki di laluan pejalan kaki di pusat bandar Brussels, kelmarin. Lelaki tersebut telah menyerang seorang askar dengan bersenjata­kan pisau dan ditembak mati.
— Gambar AFP TUMPAS: Pegawai polis dan seorang askar melihat seorang lelaki di laluan pejalan kaki di pusat bandar Brussels, kelmarin. Lelaki tersebut telah menyerang seorang askar dengan bersenjata­kan pisau dan ditembak mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia