Utusan Borneo (Sarawak)

30 terbunuh dalam pertempura­n terburuk

Ribuan pengikut setia ketua kerohanian bantah mahkamah terhadap sabitan kes rogol

- A11 Muka

PANCHKULA: Beratusrat­us anggota tentera semalam yang meronda di sebuah bandar utara India telah berdepan dengan pertempura­n teruk yang telah mengorbank­an sekurang- kurangnya 30 orang selepas beribu-ribu orang membantah keputusan mahkamah untuk mensabitka­n seorang ketua kerohanian kontrovers­i bagi tuduhan merogol.

Pihak tentera telah dikerahkan di bandar Panchkula di wilayah Haryana selepas berpuluh ribu orang pengikut kepada guru Ram Rahim Singh telah melakukan satu amukan marah, menyerang beberapa van, televisyen dan membakar beberapa kenderaan persendiri­an.

Pasukan keselamata­n telah berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan keganasan itu tidak berulang lagi yang telah meletus pada tengah hari kelmarin, beberapa minit selepas sebuah mahkamah khas mengumumka­n guru tersebut bersalah kerana merogol dua pengikutny­a.

Perkhidmat­an telefon bimbit telah terganggu di beberapa bahagian di Haryana dan negara jiran Punjab, di mana pihak berkuasa pada mulanya mengarahka­n satu perintah berkurung selepas pertempura­n itu.

Walaupun perintah berkurung telah ditarik balik semalam, larangan terhadap perhimpuna­n awam masih lagi dilakukan.

Ketua polis Haryana, B.S. Sandhu memberitah­u AFP semalam sekurang-kurangnya 30 orang telah terbunuh dengan angka kematian kemungkina­n meningkat ketika beberapa orang mangsa yang tercedera telah menerima rawatan bagi kecederaan kepala yang serius.

“Angka kematian di dalam negeri adalah sekurang- kurangnya 30 kematian dan kira-kira 200 kecederaan termasuk kira-kira 50 anggota polis dan kakitangan keselamata­n,” menurut Sandhu.

“Sebahagian dari mangsa yang tercedera tidak pergi ke hospital kerana bimbang bahawa mereka akan berdepan dengan tindakan polis atau ditangkap kerana terlibat dalam keganasan,” jelas beliau.

Sumber rasmi memberitah­u AFP sebelum itu bahawa sekurang- kurangnya 32 orang telah meninggal dunia, dengan kebanyakan kematian akibat tembakan.

Singh berusia 50 tahun dikenali sebagai “guru berkilauan” bagi kecenderun­gannya untuk kostum yang dihiasi barangan kemas dan dakwaan sebagai mempunyai 60 juta pengikut setia di seluruh dunia.

Kes rogol telah dikemukaka­n terhadap dia selepas sekeping surat yang tidak diketahui telah dihantar kepada perdana menteri ketika itu Atal Bihari Vajpayee pada tahun 2002 menuduh dia sebagai telah merogol beberapa kali penghantar surat tersebut dan beberapa wanita lain di dalam kumpulan.

Seorang hakim telah meminta Biro Siasatan Pusat agar menyiasat mengenai tuduhan itu, namun ia mengambil masa selama beberapa tahun bagi mengesan mangsa yang terlibat dan ia adalah tidak sehingga 2007 di mana dua wanita telah tampil dan memfailkan tuduhan.

Kira- kira 200,000 anggota kumpulan Singh telah berkumpul di Panchkula sebagai sokongan untuk guru berkenaan sehari sebelum keputusan.

Pensabitan telah menimbulka­n kemarahan para pengikutny­a, dengan ramai yang menyatakan mereka berada dalam keadaan sangat terkejut bagi keputusan itu.

“Saya telah bersama dengan Ram Rahim Singh selama kira- kira 14 tahun. Saya boleh bertaruh bahawa semua tuduhan terhadap guru kami adalah palsu,” menurut Rajkumar, seorang pekedai dari Haryana yang telah menjalani rawatan di hospital.

“Dia tidak mungkin melakukan kesalahan. Dia berusaha untuk membuang semua masalah dunia,” beliau memberitah­u AFP, dengan keadaan kepalanya yang berbalut.

Keputusan hukuman Singh akan diumumkan pada Isnin ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK PUAS HATI: Pengikut kepada guru Ram Rahim Singh membaling batu ke arah pasukan keselamata­n bersebelah­an kenderaan terbakar semasa pertempura­n teruk di Panchkula, kelmarin. Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh selepas beribu-ribu orang membantah...
— Gambar AFP TIDAK PUAS HATI: Pengikut kepada guru Ram Rahim Singh membaling batu ke arah pasukan keselamata­n bersebelah­an kenderaan terbakar semasa pertempura­n teruk di Panchkula, kelmarin. Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh selepas beribu-ribu orang membantah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia