Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan beri pinjaman tanpa lesen

-

MIRI: Seorang lelaki ditangkap polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan beri pinjaman tidak berlesen atau ‘along’ di sebuah tempat di Jalan Bendahara dekat sini malam kelmarin.

Tangkapan ke atas suspek berusia 29 tahun dari Batu 5 RPR Sibiew Bintulu dibuat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah ( BSJKD) Miri kira-kira pada jam 7.30 malam.

Ia merupakan susulan aduan oleh seorang pengadu yang merupakan peminjam Isnin lepas apabila suspek datang melakukan kekecohan semasa mengutip hutang di rumah mangsa.

Menurut sumber, mangsa mulanya hanya meminjam kira-kira RM2,000 namun jumlah pinjaman tersebut telah naik dalam anggaran RM15,000.

Akibat kegagalan mang- sa membayar pinjaman tersebut selama lapan bulan, menyebabka­n dirinya dalam keadaan ketakutan setelah menerima ugutan.

Risau akan keselamata­n dirinya dan keluarga, mangsa terus membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan ke atas suspek tersebut.

“Beberapa barang pada suspek dirampas iaitu 20 keping kad peminjam, sebuah buku catatan, beberapa keping salinan kad pengenalan, satu sijil kelahiran asal, beberapa keping surat perjanjian pinjaman, 90 keping kad nama syarikat along, wang tunai kira- kira RM400 dan sebuah kereta.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia