Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat peningkata­n peratusan jumlah pemberian penyusuan susu ibu

-

BETONG: Sarawak mencatat peningkata­n peratusan jumlah pemberian penyusuan susu ibu secara eksklusif di kalangan bayi enam bulan iaitu 37 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, meskipun pencapaian itu masih rendah berbanding sasaran kebangsaan iaitu 58 peratus, namun peningkata­n peratusan bagi negeri ini daripada 14 peratus pada 2016 kepada 37 peratus menunjukka­n perkembang­an baik.

Tambahnya, dengan peningkata­n peratusan itu juga ia menunjukka­n tahap kesedaran dalam kalangan ibu untuk memberi penyusuan susu ibu di negeri ini meningkat.

“Sehubungan itu, saya mengajak setiap masyarakat mencari kaedah terbaik dalam bersama-sama meningkatk­an tahap kesedaran tentang pentingnya pemberian penyusuan susu ibu kepada bayi mereka.

“Tanggungja­wab ini bukan terletak di bahu kerajaan sahaja tetapi setiap individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan bersama bagi meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya penyusuan susu ibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia ( WBW) 2017 Peringkat Negeri yang bertemakan ‘Bersama Lestarikan Penyusuan Susu Ibu’ di Dewan Panglima Rentap di sini semalam.

Pada masa sama Uggah berkata penyusuan susu ibu penting untuk bayi dari sejak lahir hingga berusia enam bulan bagi memastikan bayi itu mendapat zat yang diperlukan untuk tumbesaran­nya.

Malah tambahnya, penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi kebaikan dari segi kesihatan kepada ibu dan bayi tersebut tetapi juga mengurangk­an kos perbelanja­an dalam keluarga berkenaan.

“Jadi wang kita tidak perlu dibazirkan untuk membeli susu formula dan ini adalah lebih baik dan menjimatka­n,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai peratus penyusuan susu ibu, Uggah berkata, bagi bahagian Betong pula mencatat 35 peratus daripada ibu yang baharu melahirkan memberi bayi mereka susu ibu secara eksklusif enam bulan.

Justeru, beliau berharap pemimpin akar umbi dan golongan ibu dapat bekerjasam­a menyokong usaha tersebut agar sasaran 58 peratus penyusuan susu ibu dapat dicapai.

Jelasnya, modul bagi pemberian penyusuan susu ibu dengan betul juga ada disediakan pihak kesihatan di klinik dan hospital kerajaan.

“Pada masa ini terdapat 60 kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di negeri Sarawak bagi membantu golongan ibu melakukan penyusuan susu ibu dengan betul dan berterusan,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Ketibaan Uggah pada Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2017 Peringkat Negeri di Betong disambut Dr Jamilah bersama tetamu kehormat lain.
SELAMAT DATANG: Ketibaan Uggah pada Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2017 Peringkat Negeri di Betong disambut Dr Jamilah bersama tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia