Utusan Borneo (Sarawak)

Mayweather tumbangkan McGregor di Las Vegas

-

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS): Jaguh tinju AS, Floyd Mayweather, menewaskan Conor McGregor dari Ireland dengan kemenangan TKO (tumbang teknikal) pada pusingan ke-10 pertarunga­n yang menjadi perhatian seluruh dunia Sabtu lepas, sekali gus mengekalka­n rekod sempurna beliau dalam sukan tinju.

Mayweather, yang kembali dari persaraan pada usia 40 tahun untuk pertarunga­n ini, memperbaha­rui rekod pertarunga­n beliau kepada 50- 0 dan melepasi rekod bintang legenda tinju Rocky Marciano (49-0) untuk jumlah kemenangan terbanyak tanpa kalah atau seri.

McGregor, juara seni mempertaha­nkan diri campuran ( MMA), yang membuat penampilan sulung profe- sional dalam sukan tinju, gagal melakukan apa yang mungkin kejutan terbesar dalam sukan tinju tetapi menjadikan pertarunga­n lebih menarik berbanding apa yang diramalkan oleh kebanyakan pakar sukan itu.

Mayweather, juara dunia kelas welterweig­ht, menangani permulaan meyakinkan McGregor tetapi selepas pusingan keempat, beliau ternyata menguasai pertarunga­n dengan kemenangan TKO hadir apabila McGregor, yang jelas kelebihan, menyandar dua kali di tali gelanggang terkena tumbukan padu tangan kiri.

Ia adalah penamat hebat kepada pertarunga­n utama di TMobile Arena yang terbukti pertarunga­n sengit di awal pusingan dengan McGregor berjaya melakukan beberapa tumbukan padu.

Tetapi sebaik sahaja Mayweather menemui rentak dan McGregor mulai keletihan, ia kelihatan jelas hanya ada seorang pemenang.

Pertarunga­n itu berakhir seperti yang diramalkan oleh kebanyakan pihak tetapi McGregor, pada penampilan sulung dalam sukan tinju, tidak perlu berasa malu dengan kekalahan itu.

M a y w e a t h e r a k a n meneruskan apa yang beliau katakan persaraan tetap dengan rekod sempurna 50-0.

Beliau juga dijangka mengaut keuntungan 200 juta dolar, menjadikan pendapatan dari pertarunga­n sepanjang kerjayanya mencecah sekitar 1 bilion dolar.

Walaupun tewas, McGregor akan menerima sekitar 100 juta dolar. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia