Utusan Borneo (Sarawak)

Calon bukan Islam dicari

Abang Johari telah mengarahka­n Uggah mencari calon bukan Islam terbaik untuk mengisi jawatan itu

- TEMPATAN

KUCHING: Bumiputera bukan Islam antara ahli Lembaga Pengarah Petroleum Sarawak Berhad (Petros) akan dilantik dalam waktu terdekat ini.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sambil menambah, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg telah mengarahka­n beliau mencari calon terbaik bagi mengisi jawatan itu.

“Beliau (Abang Johari) telah memberitah­u saya beberapa jam tadi agar saya mencari calon. Beliau sekarang mahu Bumiputera bukan Islam dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Petros,” katanya pada Majlis Makan Malam Bekas Pelajar Dayak Universiti Malaya (UM) di sini malam kelmarin (Sabtu).

Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditemui selepas majlis, Uggah berkata pelantikan itu penting kerana sebelum ini isu tiada Bumiputera bukan Islam dilantik dalam Lembaga Pengarah Petros hangat dibincangk­an dalam media sosial.

Bagaimanap­un ujarnya, mencari calon yang berkeboleh­an dalam kalangan Bumiputera bukan Islam untuk jawatan itu bukan tugas mudah.

Ini kerana menurut beliau, terdapat keperluan dan kriteria tertentu mesti dipenuhi untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah.

“Beberapa nama telah dicadangka­n tetapi kita mesti pertama, memastikan individu yang dipilih itu benar-benar berkualiti. Namun kita tetap berharap mencari individu paling sesuai dalam waktu terdekat ini,” ujarnya.

Khamis lepas, Pejabat Ket- ua Menteri menerusi kenyataan akhbar mengumumka­n pelantikan Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi Petros.

Hamid bekas setiausaha kerajaan negeri dan berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn Bhd di Bintulu.

Manakala lima ahli Lembaga Pengarah dan empat daripadany­a telah dilantik ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng.

Dalam kenyataan akhbar itu Ketua Menteri meluahkan keyakinan terhadap komposisi ahli Lembaga Pengarah Petros kerana mereka merupakan profesiona­l industri yang berpengala­man dengan rekod prestasi berbukti serta kukuh selain pernah menyandang jawatan penting dalam industri minyak dan gas.

Beliau (Abang Johari) telah memberitah­u saya beberapa jam tadi agar saya mencari calon. Beliau sekarang mahu Bumiputera bukan Islam dilantik sebagai ” ahli Lembaga Pengarah Petros. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Uggah (barisan ketiga, enam kanan) bergambar bersama bekas pelajar Dayak Universiti Malaya pada majlis makan malam di Kuching.
UNTUK ALBUM: Uggah (barisan ketiga, enam kanan) bergambar bersama bekas pelajar Dayak Universiti Malaya pada majlis makan malam di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia