Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran kedai dandan dan gunting rambut nyaris bakar bangunan premis

-

BETONG: Kebakaran sebuah premis khidmat mendandan dan mengguntin­g rambut nyaris membakar sederet kedai di bangunan yang sama dalam kejadian jam 10.25 malam kelmarin di hadapan Terminal Bas Lama Pasar Betong dekat sini.

Dalam kejadian berlaku lewat malam itu, kebakaran hampir memusnahka­n bangunan kedai dua tingkat itu mula disedari pemilik selepas terhidu bau hangit dan melihat kepulan asap keluar daripada kedai terbabit lantas cuba mendapatka­n bantuan.

Menurut Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK 1 Henry Jugah pemilik tinggal di tingkat atas premis berkenaan menyedari kedainya terbakar setelah melihat kepulan asap tebal.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.27 malam daripada orang awam yang memberitah­u kejadian tersebut dan segera ke lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, kecekapan anggotan bomba menanganin­ya dengan pantas selepas menerima panggilan membantu mengatasi kejadian daripada bertambah buruk.

“Saya percaya ini berkat ilmu dan kepekaan penduduk setempat begitu pantas bertindak sebelum berlaku kejadian tidak diingini ber- laku. Dan, bomba bersedia membantu bomba mengatasi musibah menimpa,” katanya yang ditemui semasa operasi tersebut berjaya diselesaik­an kira-kira jam 11.30 malam.

Tambahnya, bomba yang sentiasa mendapat bantuan sokongan daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pasar Betong berasa sangat bertuah kerana mereka aktif membantu jika berlaku musibah kebakaran.

“Keberkesan­an bantuan serta sokongan pihak luar yang tiba awal dan sempat memadam kebakaran menggunaka­n alat pemadam api jenis debu kering berjaya membantu daripada kebakaran terus merebak sebelum tibanya pasukan bomba.

“Ini adalah sesuatu amat bermakna dan membantu menyelesai­kan sebarang musibah namun keselamata­n perlu diutama dan tiada tindakan sehingga mengabaika­n keselamata­n diri,” tegasnya.

Henry turut memberitah­u, pihaknya berjaya menyelamat­kan sebuah motosikal pemilik kedai berkenaan daripada musnah.

Anggaran musnah kebakaran hampir 40 peratus dan punca sebenar masih dalam siasatan.

Bagaimanap­un, tiada kecederaaa­n dan kemalangan nyawa dilaporkan.

 ??  ?? SELAMAT: Motosikal yang berjaya diselamatk­an oleh pihak bomba.
SELAMAT: Motosikal yang berjaya diselamatk­an oleh pihak bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia