Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat baharu MA63 akan didedah pada masa sesuai

-

KUCHING: Delegasi pasukan peguam ke London diketuai Menteri Muda Undang- undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah menemui maklumat baharu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutama berkaitan hak Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, beliau bagaimanap­un akan mengumumka­n perkara itu pada satu masa sesuai.

“Saya telah menghantar delegasi ke London diketuai Hasidah untuk mencari fakta dalam usaha kita menuntut hak kita kembali dalam perjanjian MA63.

“Kita mendapati ada perkara kita tidak tahu kerana banyak dokumen sulit dan kita baharu sahaja membukanya balik.

“Hasidah telah menemui maklumat baharu dan nanti saya akan dedahkan kerana saya mempunyai cara sendiri untuk mengembali­kan hak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Korban Perdana Peringkat Negeri anjuran jawatankua­sa Masjid Darul Hana dan Majlis Islam Sarawak yang dihadiri Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi dan Hasidah bertempat di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Hasidah bersama pasukan peguam lain ke London pada 16 Julai lepas selama seminggu dalam usaha membawa semua dokumen asli perjanjian serta salinan pulang ke Sarawak.

Sementara itu pada majlis korban diadakan itu Abang Johari mengagihka­n daging korban kepada 300 penerima termasuk golongan asnaf.

Sebanyak 11 ekor lembu dikorban dengan lima daripadany­a disumbangk­an beliau, empat ekor disumbangk­an Speaker DUN Datuk Amar Awang Asfia Awang Nassar dan dua ekor disumbangk­an Dr Rahman.

Objektif program diadakan memberi pendedahan serta kefahaman sebenar tentang pelaksanaa­n ibadah korban serta falsafah di sebalik ibadah tersebut.

Selain itu ia bagi mengimarah­kan institusi masjid sebagai pusat aktiviti kemasyarak­atan serta mengeratka­n tali ikhuwah dalam kalangan masyarakat dan merupakan salah satu aktiviti untuk projek pembanguna­n Darul Hana Kampung Seberang Hilir bagi kawasan DUN Pantai Damai.

 ??  ?? AGIH: Abang Johari menyerahka­n daging korban kepada penerima sambil disaksikan isteri beliau, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (empat kiri), Dr Rahman (dua kiri), Hasidah (belakang kanan) dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha...
AGIH: Abang Johari menyerahka­n daging korban kepada penerima sambil disaksikan isteri beliau, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (empat kiri), Dr Rahman (dua kiri), Hasidah (belakang kanan) dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia