Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan tubuh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di S’wak disambut baik

-

KUCHING: Kerajaan negeri menyambut baik cadangan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM) untuk menubuhkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Sarawak bagi menguruska­n kes membabitka­n jenayah terhadap kanak-kanak dengan lebih berkesan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, penubuhan mahkamah khas juga akan dapat memberi sokongan kepada mangsa untuk mengurangk­an tekanan semasa memberi keterangan.

“Apabila seorang kanakkanak dipersoalk­an di mahkamah, ia boleh menjadi pengalaman yang su- kar kerana mereka perlu mengingati kejadian buruk sehingga menyebabka­n trauma,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika diminta mengulas cadanganMa­hkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak semasa program pengagihan daging korban di Surau Al-Mualimin di Desa Guru, di sini semalam.

Mengulas lanjut, katanya, aspek penting yang ada pada mahkamah khas tersebut adalah menyediaka­n persekitar­an yang mesra kanak-kanak.

Menurutnya, ia bagi memastikan kanak-kanak atau mangsa itu berasa kurang gugup atau takut apabila dipersoalk­an semasa perbicaraa­n.

“Kami amat mengalu- alukan penubuhan mahkamah khas ini, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan persekutua­n dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Menteri PWKM) atas cadangan itu,” katanya.

Sebelum ini, Rohani memberitah­u pemberita bahawa mahkamah khas itu akan dilengkapi dengan bilik khas untuk mengasingk­an mangsa daripada tertuduh semasa prosiding di mahkamah.

Tambahnya, mangsa juga disediakan dengan kemudahan peralatan khas untuk berbincang dengan hakim sebagai pendekatan untuk mengelakka­n diri dari berdepan dengan tertuduh.

Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak pertama di Malaysia telah ditubuhkan di Putrajaya untuk menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia