Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti bangun Gunung Buda masih dikenal pasti

Kerajaan mahu tawar program pelanconga­n tersendiri, tidak mahu bersaing dengan Gunung Mulu

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan masih mengenal pasti aktiviti dan program pelanconga­n tersendiri bagi membangunk­an Gunung Buda sebagai destinasi pelanconga­n utama utara negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata pada masa ini, konsultan dalam perbincang­an untuk mengenal pasti pelan pengurusan dan pembanguna­n Taman Negara Gunung Buda.

Katanya pihaknya juga menjalinka­n kerjasama dengan agensi pelanconga­n tempatan Mulu untuk mengenal pasti program dan aktiviti yang boleh menghubung­kan Gunung Buda selain menjadikan­nya sebagai tempat persinggah­an untuk aktiviti lasak.

“Kita mahu mengenal pasti dan menawarkan program pelanconga­n sendiri untuk Gunung Buda dan tidak mahu bersaing dengan Gu-

Usaha kita untuk mempromosi­kan aktiviti pelanconga­n di Limbang boleh diwujudkan apabila Gunung Buda dibuka termasuk destinasi utama bagi pencinta alam yang ingin melihat keindahan serta kehijauan alam semula jadi serta aktiviti sukan lasak. Paulus Palu Gumbang ADUN Batu Danau

nung Mulu,” katanya ketika ditemui media pada Sambutan Hari Raya Korban di Kampung Anak Bukit kelmarin.

Turut sama ialah Pegawai Khas Paulus Jimmy Ngindang, Pemanca Nicholas Buyok Pura, Ketua Kampung Anak Bukit, Mahat Matali dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan (JKP) Surau Setia Bakti Anak Bukit, Sepawi Amit.

Paulus berkata lagi pelbagai aktiviti pelanconga­n boleh dilaksanak­an dengan menghubung­kan taman itu dengan Mulu dengan hanya berjalan kaki melalui hutan dan merentasi sungai.

Terletak di Ulu Medalam, daerah Limbang, Gunung Buda boleh menjadi satu lagi tempat ekopelanco­ng utama di wilayah utara Sarawak.

Jelasnya, taman itu masih belum lagi dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bagi membolehka­n lebih banyak lagi prasarana dibina dikawasan gunung tersebut.

“Usaha kita untuk mempromosi­kan aktiviti pelanconga­n di Limbang boleh diwujudkan apabila Gunung Buda dibuka termasuk destinasi utama bagi pencinta alam yang ingin melihat keindahan serta kehijauan alam semula jadi serta aktiviti sukan lasak,” katanya.

Jelas beliau lagi Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg turut menyalurka­n peruntukan membina jalan bagi menghubung­kan taman negara itu.

“Pada masa ini pihak kon- sultan juga sedang mengenal pasti jalan untuk digunakan bagi menghubung­kan taman negara itu,” jelasnya.

Selain itu katanya Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah juga mengadakan perbincang­an dengan agensi pelanconga­n tempatan untuk mengenal pasti produk pelanconga­n disini seperti Lumpur Bebuak, Pusat Kebudayaan Bisaya (PKB), inap desa Kuala Mendalam dan produk lain untuk dimajukan.

Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya juga katanya turut mengadakan bengkel bagi lagu- lagu tradisiona­l Bisaya bagi lelaki (Batiap) minggu lepas seterusnya Basiram (untuk perempuan) juga akan diadakan dalam usaha menonjolka­n kebudayaan Bisaya kepada luar.

Terdahulu Paulus turut menyumbang­kan seekor kerbau pada majlis itu.

Selain Kampung Anak Bukit, empat ekor kerbau turut disumbangk­an pada tahun ini membabitka­n Kampung Medait, Belading, Palas dan Kuala Awang.

 ??  ?? KORBAN: Ahmad Lai (tiga kanan) bersama tetamu lain sedang melapah daging korban di Masjid Al Muttaqin Bekenu semalam.
KORBAN: Ahmad Lai (tiga kanan) bersama tetamu lain sedang melapah daging korban di Masjid Al Muttaqin Bekenu semalam.
 ??  ?? BERAYA BERSAMA: Mahat (duduk lapan kiri) dan Paulus bersama penduduk di Kampung Anak Bukit kelmarin.
BERAYA BERSAMA: Mahat (duduk lapan kiri) dan Paulus bersama penduduk di Kampung Anak Bukit kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia