Utusan Borneo (Sarawak)

SK Muton Debak menuju misi lahir pelajar cemerlang UPSR

-

DEBAK: Aktif dalam merancang usaha melahirkan pelajar berketramp­ilan dan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan misi harus dipikul setiap warganya.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan(SK) Muton Debak, Fadreen Jingan Beriak berkata, sekolah berkenaan masih berusaha ke arah melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulu­m sekali gus mencipta pencapaian yang dapat dibanggaka­n.

“Hasrat kita sebagai pendidik ingin membentuk institusi mampu mencorak kehidupan setiap pelajar dengan langkah cemerlang dan mengecapi kehidupan sempurna serta berjaya menjadi insan berguna untuk menjulang bangsa dan negara.

“Jika hari ini jika kita mampu membugarka­n tahap pemikiran dan membina keyakinan dalam diri pelajar tidak mustahil setiap anak didik kita mampu dicorak dengan pelbagai kesempurna­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung program Mohon Restu UPSR yang diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Jelasnya, menuju kejayaan misi itu ibu bapa perlu peka dan menyempurn­akan setiap keperluan pelajar selari dengan proses membina pemikiran positif mereka.

“Justeru setiap ibu bapa harus membentuk keyakinan dan sokongan kepada anak agar mereka dapat digilap dengan sempurna.

Tambahnya, pencapaian setara dihasilkan sepanjang tiga tahun kebelakang­an ini amat meyakinkan pihaknya menghasilk­an keputusan yang lebih cemerlang.

“Kita yakin untuk menghasilk­an keputusan terbaik berkat adanya sokongan padu daripada ibu bapa dan warga SK Muton yang memberi kerjasama tidak berbelah bahagi demi kemenjadia­n dan hasil membanggak­an,” jelasnya yang mengharapk­an lonjakan keputusan cemerlang pada UPSR 2017.

Dalam majlis tersebut, seramai 17 calon UPSR 2017 bersama ibu bapa masing-masing hadir memberi sokongan dan menjayakan program dirancang.

Turut hadir Penolong Kanan (PK) 1 Sulaiman Hosen, PK Kokurikulu­m Mahmud Hasim serta guru-guru Tahun 6.

 ??  ?? SOKONGAN PADU: Para ibu bapa yang hadir bersama anak masing- masing dalam program Mohon Restu diadakan di Dewan Sri Undai sekolah berkenaan.
SOKONGAN PADU: Para ibu bapa yang hadir bersama anak masing- masing dalam program Mohon Restu diadakan di Dewan Sri Undai sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia