Utusan Borneo (Sarawak)

F Team senjata ampuh PDRM menangani komunis

Pasukan elit M’sia yang tak didendang, kewujudan hanya didedahkan lebih 45 tahun selepas penubuhan

-

KUALA LUMPUR: Bagi peminat filem Hollywood, pastinya anda tahu tentang filem cereka ‘A-Team’ yang dianggotai pasukan elit tentera Amerika Syarikat, namun berapa ramaikah antara kita yang mengetahui atau setidak-tidaknya pernah mendengar tentang pasukan elit buatan Malaysia – F Team? Hakikatnya, carian Internet mendapati kewujudan F Team hanya didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM) pada Disember 2016 iaitu lebih 45 tahun selepas penubuhann­ya pada Mac 1971 dan beroperasi secara sulit selama 24 tahun sebelum dibubarkan pada 1995.

Berpegang pada moto ‘Hanya Yang Berani’, tugasnya hanya satu - menangani unsurunsur subversif komunis - dan di sinilah terletakny­a keunikan pasukan F Team berbanding pasukan elit lain PDRM, iaitu keanggotaa­nnya turut merangkumi bekas komunis, sekali gus menjadikan­nya senjata paling ampuh dalam menghapusk­an pengaruh Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara.

“Daripada musuh kepada sahabat sejati.” Itulah penjelasan ringkas seorang be- kas anggotanya mengenai F Team kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman­nya dalam pasukan itu, Kamaruddin Hashim, 68, yang juga anggota asal F Team, berkata antara peristiwa yang tidak dapat dilupakann­ya ialah kehilangan sahabat baik yang dianggap sebagai adik, bekas anggota komunis bernama Ah Hon.

Kamaruddin yang dikenali sebagai Kenny dalam pasukan itu, berkata Ah Hon yang digelar ‘Batman’ oleh anggota pasukan, gugur di pangkuanny­a semasa bertempur dengan komunis dalam Operasi Tapah.

“Kata- kata terakhirny­a ‘Tolong tengokkan anak saya Bos’, masih terngiang-ngiang di telinga saya walaupun peristiwa itu berlaku 39 tahun lalu,” katanya sebak.

Bagaimanap­un kata Kamaruddin, beliau tidak dapat menunaikan amanah Ah Hon kerana isteri mendiang membawa anak lelaki mereka yang berusia setahun ketika itu kembali ke kampungnya dan hilang tanpa dapat dikesan.

Menurut Kamaruddin, beliau mengenali Ah Hon di sebuah hutan di Pahang semasa lelaki itu masih menjadi anggota komunis dan bertanggun­gjawab mengambil surat yang ditinggalk­an pasukan gerakan bawah tanah di sebatang pokok jejawi yang dijadikan ‘dead letter box’ (peti surat mati komunis).

“Ketika Batman sedang

Tarikh keramat itu tidak akan saya lupakan apabila Batman yang telah saya anggap sebagai adik, mati ditembak di rusuk kanannya sebanyak tiga das ketika cuba menghalang seorang pengganas komunis daripada menghampir­i van yang dinaiki kami. Kamaruddin Hashim Bekas anggota F Team

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MANTAP: Aksi seorang pelakon yang memainkan semula watak pengganas Komunis yang ditembak mati.
— Gambar Bernama MANTAP: Aksi seorang pelakon yang memainkan semula watak pengganas Komunis yang ditembak mati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia