Utusan Borneo (Sarawak)

M.Kayveas mahu bertanding di Cameron Highlands

-

MELAKA: Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas tetap mahu bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya tetap akan bertanding sama ada sebagai calon Barisan Nasional (BN) ataupun calon bebas bagi kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Konven- syen myPPP Melaka Ke-17 di Rumah Media Melaka, Ayer Keroh di sini, semalam.

Konvensyen itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan dihadiri Naib Presiden myPPP Datuk Seri M. Gandhi serta Pengerusi myPPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai.

Kayveas, yang juga penasihat Kementeria­n Pengangkut­an, berkata beliau telah meminta ‘restu’ daripada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum berkhidmat kepada masyarakat di Cameron Highlands kira-kira dua tahun lepas untuk memastikan kemenangan BN.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m bertegas bahawa parti itu akan bertand- ing bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.

Dalam perkembang­an lain, Kayveas membidas dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan negara ‘muflis’ dan ‘gagal’ mengurus serta mentadbir negara dalam pelbagai aspek termasuk aspek pembanguna­n, ekonomi dan kemudahan infrastruk­tur kepada rakyat.

“Jika mereka kata Malaysia negara yang gagal, maka mereka juga bertanggun­gjawab (atas kegagalan itu) kerana mereka merupakan pemimpin negara ini suatu masa dulu,” katanya.

Oleh itu, katanya semua pihak perlu bersatu padu untuk mewujudkan kestabilan negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia