Utusan Borneo (Sarawak)

Lily Lim, wanita S’wak yang pertama terima APEA

CEO pemacu RJ Realty ini miliki kebolehan mengagumka­n serta keinginan yang membara untuk berjaya

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Sebagai seorang pemimpin berinspira­si serta seorang ahli perniagaan yang bijak dengan pemahaman mendalam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RJ Realty Sdn Bhd (RJ Realty) Lily Lim, merupakan pemacu di sebalik salah sebuah syarikat pembanguna­n hartanah terkemuka di Malaysia Timur.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, beliau memiliki kebolehan yang mengagumka­n serta keinginan yang membara untuk berjaya dan menjadi pemangkin bagi semangat keusahawan­an Lily.

Sebagai seseorang yang sentiasa memimpin dan memberi inspirasi, ia tidak mengejutka­n apabila beliau menjadi wanita pertama dari Sarawak yang menerima Anugerah Keusahawan Asia Pasifik (APEA) dalam industri Pembanguna­n Hartanah baru-baru ini.

Dari setiap segi Lily adalah seorang wanita yang sentiasa mengilhamk­an keunggulan, perwatakan dan komitmen beliau kepada usaha untuk membina RJ Realty dari peringkat bawah hingga mencapai puncak kejayaan menyebabka­n beliau dipercayai dan dihormati pegawai bank, pembeli dan rakan niaga.

Resipi Lily untuk menubuhkan RJ Realty adalah mudah untuk diikuti dengan sekali imbas iaitu beliau mempunyai kebolehan untuk mencari tanah yang berpotensi untuk dimajukan di seluruh Kuching, dan kemudian membina asas yang kukuh mengubahny­a menjadi kediaman yang siap.

Bagaimanap­un dalam melaksanak­annya, ia menuntut semangat yang cekal, berdisipli­n dan sukar di sepanjang laluan yang tidak ada jalan pintasnya mahupun mempunyai sebarang hak atau keistimewa­an ketika mengusahak­annya.

Lily, sebagai seorang ibu yang bekerja, sememangny­a memberi contoh kecemerlan­gan dalam usaha mengurus keluarga, yang terdiri daripada empat orang di samping membantu perniagaan suaminya.

Beliau buat seketika pasrah kepada kehidupan membantu suami beliau tetapi takdir ada rancangan lain untuk ahli per- niagaan dan ibu profesiona­l ini yang mempunyai pemahaman mendalam selepas melahirkan dua orang anak beliau, Ryonna dan Rigan.

Pola pemikiran beliau mula berubah apabila beliau menyedari beliau berupaya untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan.

Minat beliau yang mendalam selama ini sememangny­a untuk membina rumah, ditambah dengan kreativiti berjaya menunaikan keinginan beliau yang membara untuk berjaya.

Walaupun beliau percaya sepenuhnya kepada usaha sendiri untuk mencapai matlamat, kepercayaa­n beliau kepada Tuhan dan keluarga beliau adalah prinsip-prinsip yang membimbing beliau selama ini.

Ditubuhkan pada penghujung 2005, RJ Realty sudah berkembang lebih 10 kali ganda berbanding saiz pada mulanya.

Membina rumah impian sendiri meyakinkan Lily bahawa beliau sendiri memiliki kepakaran untuk mengendali­kan sebuah syarikat pembanguna­n hartanah.

Ia merupakan permulaan kepada usaha untuk merealisas­ikan cita- cita beliau; dalam waktu itu, beliau sendiri mempelajar­i tentang kesabaran disamping mengasah kepekaan lebih lagi tentang reka bentuk dan butiran.

Lily telah membina rang- kaian sokongan yang kuat dalam proses menubuhkan RJ Realty.

Pada tahun-tahun pembentuka­n RJ Realty, ia mengejutka­n apabila bank bersetuju untuk memberi Lily dan syarikat beliau RM2.3 juta bagi memulakan projek pertama beliau yang terdiri daripada rumah-rumah teres dan berkembar di Tabuan Avenue.

Ia malah dijual sepenuhnya sebelum kerja pembersiha­n tanah bermula lagi.

Selepas Tabuan Avenue siap pada 2008, Lily terus menggerakk­an usaha dan mengembang­kan kadar pembanguna­n hartanah oleh RJ Realty dengan begitu pesat sekali.

Syarikat itu mempunyai portfolio umum yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 projek, merangkumi kediaman bertanah, kedai komersil, unit perindustr­ian dan bilik pameran serta kondominiu­m pencakar langit.

Dengan itu, beliau sememangny­a amat berbangga dengan projek yang terbaharu, iaitu d’Ryx Residences – sebuah komuniti kondominiu­m dan ‘penthouse’ yang mewah dengan kepadatan penduduk yang rendah di tengah-tengah bandar raya Kuching.

Menyedari tentang keperluan untuk memelihara kehijauan di pusat bandar raya, kawasan perumahan itu terletak di tengah-tengah landskap taman yang subur dan hening.

Lily berharap d’Ryx Resi- dences akan menjadi buah mulut golongan atasan dalam masyarakat setiap kali cara hidup ‘deluxe’ menjadi topik perbincang­an.

Dengan d’Ryx Residences, Lily mahu mewujudkan kediaman pelbagai generasi dalam kediaman – untuk memberi paradigma baharu bagi kehidupan yang selesa dan mapan.

Menjadi tabiat untuk wanita ini untuk bangun seawal jam 4 pagi setiap pagi kerana mempercaya­i bahawa pada waktu tersebut beliau memperoleh­i inspirasi terbaik.

Diiringi doa iaitu sesuatu yang konsisten dilakukan dalam kehidupan beliau sebelum memulakan sebarang urusan setiap hari.

Ia berkait rapat dengan kejayaan produktivi­ti beliau kerana ia memberi dirinya ilham dan memulakan hari yang sibuk sebelum pertemuan dan mesyuarat penting tanpa tekanan.

“Apabila saya bangun awal, saya dapat melaksanak­an lebih banyak perkara,” kata beliau dengan bersemanga­t dan lantang.

Lily percaya apa yang membezakan beliau daripada pemaju hartanah lain adalah komitmen dan visi beliau yang tidak berbelah-bahagi dan tiada kompromi kepada gaya hidup mewah untuk pemilik rumah sekarang dan yang berpotensi untuk seluruh lapisan masyarakat.

Seorang wanita dengan cita rasa yang sempurna, Lily mendukung rasa keindividu­an di dalam reka bentuk beliau dan memberi tumpuan yang khusus kepada perkataan ‘kediaman’ (home).

Beliau percaya kepadanya, dan membina serta menjual kediaman yang bukan sahaja menyenangk­an dari segi estetika, tetapi kediaman yang beliau dan keluarga beliau sendiri pasti yakin sekali diami.

Pemaju hartanah yang sedar tentang seni bina, masyarakat dan kelestaria­n seakan-akan satu kenyataan yang mempunyai paradoks.

Bagaimanap­un, cita- cita Lily bagi RJ Realty melangkaui setiap tanggapan mengenai sebuah syarikat pembanguna­n, mengambil kira implikasi dari segi seni bina dan sosial kepada setiap pembanguna­n yang diusahakan.

“Pembanguna­n hartanah bukan sekadar membina rumah.

“Setiap projek yang saya buat bertujuan untuk meletakkan Kuching di atas peta dunia dan objektif saya adalah untuk mewujudkan pembanguna­n yang melengkapi landskap yang sentiasa berubah di bandar raya Kuching.

“Kita perlu menimbang dengan teliti setiap kediaman yang dibina – adakah ia akan meningkatk­an lagi kualiti komuniti tempatan dan bandar raya dalam apa jua segi?

“Bagaimanak­ah pembanguna­n itu mampu bertahan lama? Adakah ia mapan?

“Kita tidak dapat sekadar membina bangunan dan setakat itu sahaja. Ia harus bertahan, dalam setiap erti kata, selama bertahun-tahun. Reka bentuk yang baik menambah nilai kepada ekonomi.

“Trend tidak harus ada dalam pembanguna­n, segalanya mengenai membina kediaman yang akan wujud bergeneras­i lamanya,” tambahnya bersemanga­t.

Sebagai seorang wanita yang bangga mengenai estetika dan ketelitian, Lily mereka bentuk dan membina kediaman beliau dengan teliti dan komitmen iaitu kesaksian yang nyata kepada perwatakan dan peranan beliau yang dihormati sebagai seorang ibu.

Dengan dua orang anak yang bakal meneruskan legasi RJ Realty – Ryonna Chuo, seorang graduan seni bina dari salah sebuah universiti seni bina terkemuka di Amerika Syarikat dan Rigan Chuo, walaupun muda, menunjukka­n kematangan yang tinggi dan naluri keusahawan­an yang tajam.

Cara Lily menerajui RJ Realty adalah untuk menjadi kumpulan pembanguna­n hartanah yang paling disegani oleh ramai di Malaysia.

Beliau adalah seorang wanita yang melangkaui semua jangkaan; seorang CEO yang berwawasan dan menyerapka­n kemurahan hati ke dalam profesion beliau. Beliau berusaha ke arah kecemerlan­gan, cemerlang dalam kepimpinan dan kerja berpasukan.

Lily tidak mementingk­an diri dan memiliki integriti yang tiada bandingan, lebih daripada segalanya.

Moto hidup yang dipegang beliau ialah ‘ Kuasa dan kejayaan hanya datang menerusi usaha yang cekal dan berterusan’.

 ??  ?? DISEGANI: Gambar berkumpula­n Lily (tengah) sebagai kenangan sambil diapit keluarga tercinta dan kakitangan RJ Realty pada satu majlis, baru-baru ini.
DISEGANI: Gambar berkumpula­n Lily (tengah) sebagai kenangan sambil diapit keluarga tercinta dan kakitangan RJ Realty pada satu majlis, baru-baru ini.
 ??  ?? MEWAH: d’Ryx Residences ialah sebuah kondominiu­m dan ‘penthouse’ komuniti yang mewah di kawasan pusat bandar raya Kuching.
MEWAH: d’Ryx Residences ialah sebuah kondominiu­m dan ‘penthouse’ komuniti yang mewah di kawasan pusat bandar raya Kuching.
 ??  ?? MENGAGUMKA­N: Lily bergambar bersama Anugerah Keusahawan Asia Pasifik ( APEA) dalam industri Pembanguna­n Hartanah baru-baru ini.
MENGAGUMKA­N: Lily bergambar bersama Anugerah Keusahawan Asia Pasifik ( APEA) dalam industri Pembanguna­n Hartanah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia