Utusan Borneo (Sarawak)

PEMANDU SEBABKAN KEMALANGAN CUBA LARI DISERAH KEPADA POLIS

-

MIRI: Pemandu yang menyebabka­n kemalangan berangkai membabitka­n tiga kenderaan diserah kepada polis oleh orang awam selepas cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.

Kemalangan berlaku di persimpang­an lampu isyarat Jalan Miri-Kuala Baram Bypass berdekatan Emart Tudan jam 8 malam kelmarin melibatkan dua kereta dan sebuah pacuan empat roda (4WD) dari arah Kuala Baram ke Emart Tudan.

Akibat kemalangan tersebut, seorang lelaki berusia kira-kira 60-an dalam kereta kedua di tengah-tengah mengalami kecederaan ringan dan dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta ketiga di belakang tidak sempat menekan brek semasa di persimpang­an lampu isyarat menyebabka­n ia hilang kawalan lalu melanggar kereta kedua seterusnya 4WD di hadapan sekali.

Dalam kejadian berasingan, kesesakan panjang berlaku apabila sebuah kereta terlibat kemalangan dengan sebuah lori di persimpang­an Jalan Kampung Lopeng Tengah 1, di sini pagi semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira pada jam 10 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan namun menyebabka­n kerosakan di bahagian hadapan kereta dan sisi kanan lori terbabit.

Sebelum kejadian, kereta tersebut melalui Jalan Riam dari arah Hilltop ke Riam manakala lori terbabit hendak keluar dari simpang Jalan Kampung Lopeng Tengah 1 ke Hilltop.

Menurut sumber, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori menyangka kereta tersebut hendak memasuki simpang kiri sebelum cuba untuk keluar simpang berkenaan.

Kereta bagaimanap­un melalui jalan lurus, tidak sempat menekan brek lalu terlanggar lori tersebut.

Dalam satu lagi kejadian berasingan, tiga kereta berlanggar sesama sendiri di persimpang­an Jalan Jee Foh 5 di sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang itu melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat roda (4WD).

Akibat kemalangan tersebut, ketiga-tiga kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Namun kesemua pemandu dan penumpang dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 ??  ?? KEMALANGAN BERANTAI: Keadaan tiga kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.
KEMALANGAN BERANTAI: Keadaan tiga kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia