JCI, S’wak sedia terima kedatangan tokoh, wakil institusi global Rabu ini
KUCHING: Junior Chamber International (JCI) dan Sarawak sedia menerima kedatangan tokoh dan wakil institusi global pada Sidang Kemuncak Antarabangsa selama tiga hari yang akan diadakan di sini, bermula Rabu.
JCI dengan kerjasama kerajaan negeri menganjurkan sidang kemuncak itu yang memfokuskan usaha pejuang keamanan di seluruh dunia dan memberi peserta resolusi untuk terus memperjuangkan keamanan dunia.
Penceramah utama termasuk Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, bekas Presiden Nigeria ( 2010- 2015) Goodluck Jonathan, peneraju berita MSNBC Richard Lui, artis rakaman dan bekas askar muda, Emmanuel Jal dan wakil kanan Al Jazeera+, United Nations Development Programme (UNDP), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan pertubuhan perdamaian di seluruh dunia.
Sidang kemuncak itu dianjurkan pada masa ketegangan global yang semakin meningkat dengan peningkatan meruap di Timur Tengah dan Semenanjung Korea.
Sementara kerajaan di seluruh dunia bergelut untuk memahami secara realiti geopolitik baharu itu, masyarakat umum perlu bersatu.
Sidang Kemuncak Keamanan akan menyediakan landasan antarabangsa untuk dialog dan berharap untuk memberi inspirasi kepada orang di seluruh dunia untuk bersatu dan bekerjasama ke arah keamanan jangka panjang.
Setiausaha Agung JCI Ar- rey Obenson dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan negeri Sarawak, sebagai salah sebuah tempat paling menarik dan damai di Asia Tenggara untuk mewujudkan satu forum bagi berusaha ke arah keamanan dunia yang paling sukar difahami tetapi begitu penting.
“JCI telah berusaha selama lebih satu abad untuk membawa anak-anak muda bersama-sama dan menunjukkan bahawa dengan dialog dan kerja gigih, apa-apa pun dapat dilakukan.
“Sidang Kemuncak Keamanan kita diharap dapat mewujudkan warisan kebersamaan dan mencadangkan dasar serta kaedah inovatif yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat sivil untuk keamanan dunia,” katanya.