Gotong-royong akan dijadikan budaya masyarakat Perlis: MPK
Topik 4: Perhubungan Dengan Tuhan, Topik 5: Melayani Tuhan Dengan Melayani Orang Lain, Topik 6: Bagaimana Untuk Melayani Dalam Komuniti, Keluarga dan Tempat Kerja dan Topik 7: Penyembuhan Dalam Hubungan Yang Retak.
Antara objektif utama penganjuran persidangan ini ialah untuk membolehkan golongan belia bekerjaya mendalami ilmu agama dianuti membolehkan kerjaya dan keluarga bergerak seiring aspek kerohanian ke arah mencapai tahap kehidupan seimbang serta lebih baik pada masa hadapan.
Ia membolehkan setiap umat Kristian saling berkongsi idea serta pengalaman dalam aspek kerohanian bagi menjadikan mereka umat Kristian yang lebih baik dari semasa ke semasa. Difahamkan Miri bakal menjadi tuan rumah bagi persidangan ini pada tahun hadapan (2018). BAGI menjayakan hasrat kerajaan negeri menjadikan Perlis negeri bandaraya menjelang tahun 2030, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan menjadikan gotong-royong sebagai budaya masyarakat tempatan Perlis.
Yang Dipertuanya, Khairin Nazri Karim berkata konsep gotongroyong lebih berkesan dalam mendidik rakyat bagi memastikan kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran mereka terpelihara.
Program gotong-royong akan terus diadakan dengan membabitkan agensi-agensi kerajaan di bawah konsep Strategi Lautan Biru (NBOS) pada masa hadapan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan aktiviti gotong-royong di Padang Besar, baru-baru ini.
Aktiviti di kawasan bulatan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar ini, disertai anggota serta ahli-ahli majlis MPK turut menanam pokok, mengecat mercu tanda Selamat Datang Ke Padang Besar dan memangkas dahan-dahan pokok.
“Saya berharap konsep gotong-royong ini juga berupaya mengubah minda masyarakat agar lebih memahami arah tuju kerajaan negeri untuk mencapai wawasan negeri bandaraya yang kebersihan dan mentaliti rakyat merupakan antara ciri penting untuk menjayakannya,” tambah beliau.
Menurut Khairin Nazri aktiviti sama diadakan di sempadang Perlis/Kedah di Sanglang. — Bernama