Demi Rohingya, BBC Burma berundur dari Myanmar
HOUSTON: Syarikat kimia Perancis yang memiliki sebuah loji di Texas yang ditenggelami air semasa Taufan Harvey menyatakan kelmarin ia akan sengaja membakar beberapa treler mengandungi bahan mudah mengewap berbanding membiarkannya terbakar sendiri.
Dua kebakaran besar telah berlaku di kilang Arkema di Crosby, timur laut Houston, menyaksikan asap hitam tebal berkepul di ruang udara ketika pihak berkuasa mengekalkan zon pemindahan seluas 2.4 kilometer di sekitar kilang.
Sebelum ini Arkema meremehkan aspek keselamatan komuniti atas alasan kedudukannya terpencil dan zon pengecualiannya besar.
Para pekerja kilang telah meninggalkan bahan kimia di dalam sembilan kontena selepas serangan ribut yang memutuskan bekalan elektrik yang menyejukkan peroksida organik yang digunakan bagi menghasilkan plastik dan barang lain.
“Terdapat bukti visual yang jelas bahawa bahan kimia di dalam treler telah berubah namun ia telah gagal untuk terbakar sepenuhnya,” menurut syarikat itu.
“Kami bimbang bahawa tanpa penyalaan, kita tidak dapat menentukan sama ada bahaya telah berjaya dielakkan sepenuhnya.
“Untuk terus mengawal situasi, langkah keselamatan proaktif dibuat dengan membakar treler dengan cara terkawal.
“Langkah ini tidak memberikan risiko tambahan terhadapkomuniti,dankeduadua pihak Arkema serta anggota pasukan bersepadu percaya pendekatan ini lebih selamat.”
Kontena pertama terbakar selama sembilan jam mulai Rabu hingga Khamis lepas, sementara yang kedua mula terbakar pada Jumaat minggu lepas. — AFP