Penunggang cedera dilanggar ambulans
Ambulans tidak berhenti di lampu isyarat merah, dalam perjalanan ambil pesakit
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dipercayai pengedar dan penagih dadah yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian dua warga emas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Batu Pahat, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan semasa hadir menyerah diri ke IPD kira-kira jam 1 petang.
Katanya, suspek kemudian diminta untuk menunjukkan kad pengenalan diri oleh anggota polis sebelum pemeriksaan dilakukan.
“Pemeriksaan yang dilakukan terhadap suspek dan beg pinggang yang dipakainya telah menemui satu peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu seberat 0.20 gram dan kad pengenalannya,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke pejabat narkotik IPD Batu Pahat untuk menjalani ujian saringan air kencing dan suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
Suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini, suspek diburu kerana melarikan diri dari hospital selepas kereta dipandunya merempuh motosikal sepasang suami isteri sehingga maut di KM 5, Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat, Isnin lepas. — Bernama BUKIT MERTAJAM: Seorang penunggang motosikal cedera apabila dilanggar sebuah ambulans yang terbabas selepas bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng dan Pusat Perniagaan Gemilang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 8.35 pagi semalam, ambulans milik se- buah syarikat perkhidmatan ambulans itu, dari arah Pusat Perniagaan Gemilang tidak berhenti di lampu isyarat ketika ia merah di persimpangan berkenaan.
“Ketika ambulans itu di tengah jalan persimpangan tersebut sebuah kereta yang dari laluan lampu isyarat hijau tidak sempat membrek untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan sebelum melanggar van terbabit.
“Ekoran kemalangan itu, ambulans terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan
Ketika ambulans itu di tengah jalan persimpangan tersebut sebuah kereta yang dari laluan lampu isyarat hijau tidak sempat membrek untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan sebelum melanggar van terbabit.
melanggar sekumpulan motosikal yang sedang berhenti di situ kerana lampu isyarat merah,” katanya di sini se- malam.
Beliau berkata seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan di kaki dan dirawat di sebuah hospital swasta manakala dua buah motosikal rosak teruk akibat rempuhan tersebut.
Nik Ros Azhan berkata, semasa kejadian ambulans itu tidak membawa pesakit dan menurut pemandunya yang berusia 40 tahun, dia dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di kawasan Bukit Mertajam.
Katanya, setakat ini pihaknya baharu menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu iaitu dari penunggang motosikal berumur 45 tahun yang cedera dan pemandu ambulans berkenaan manakala pemandu sebuah lagi kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut masih belum membuat laporan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 17 LN 167/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959.
Video kemalangan itu turut menjadi tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp kerana kejadian berkenaan dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian. — Bernama