Taufan kategori 5 Irma badai kepulauan Caribbean
WASHINGTON: Teras taufan kategori 5 Irma yang berpotensi membawa malapetaka telah beralih dari Barbuda dan kini menuju St. Martin, menurut pengumuman Pusat Taufan Negara ( NHC) Amerika Syarikat (AS).
Ketika berita ini ditulis, Irma berada pada kedudukan 235 kilometer timur St. Croix dengan kekuatan angin maksimum 295 kilometer sejam ( kmsj), menurut NHC.
Teras Irma kemungkinan melalui sebahagian Kepulauan Leeward di utara dan bergerak dekat atau melalui sebahagian Kepulauan Virgin semalam, tambahnya.
Ribut kuat itu juga dijangka melalui Puerto Rico, dengan potensi ombak ribut pesisiran pantai setinggi enam meter melebihi paras air pasang biasa, menurut NHC.
Taufan Irma tiba dengan kekua t an y ang t ida k dijangkakan d Atlantik, menurut ahli meteorologi semalam, ketika menasihati penduduk di kepulauan kecil Caribbean agar berlindung semasa kemaraannya.
“Irma adalah sejenis taufan dengan kekuatan yang tidak dijangkakan di Atlantik,” menurut Meteo France, memberikan amaran kepada penduduk pulau agar tidak keluar dari rumah mereka.
Meteo France menyatakan, ada kemungkinan besar beberapa bahagian tanah rendah di pantai akan ditenggelami, dengan pekanpekan seperti Marigot dan Grand Case di pulau PerancisBelanda seperti di Saint- Martin dan Gustavia di SaintBarthelemy Perancis sebagai turut terjejas.
Ribut dijangka membawa hujan lebat, diramalkan sehingga 200 hingga 400 milimeter.
Irma didapati menjadi bertambah kuat, dengan tiupan angin mencecah 360 kilometer sejam berhampiran bahagian utara Les ser Antilles.
Perancis khuatir mengenai nasib ribuan penduduk yang enggan berlindung daripada Irma di kepulauannya SaintMartin dan Saint-Barthelemy, menurut seorang menteri semalam.
“Kami ingin menyatakan bahawa penduduk mesti berlindung sebaik mungkin, dengar nasihat dan arahan yang telah diberikan,” kata Menteri Wilayah Luar Pantai Annick Girardin di Paris.
Sementara itu, sumber rapat dengan kementerian mendakwa sehingga 7,000 orang enggan mendapatkan perlindungan daripada ribut tersebut. — AFP