Utusan Borneo (Sarawak)

Balotelli ledak dua gol bantu Nice menewaskan Monaco 4-0

-

PARIS, Perancis: Mario Balotelli menjaringk­an dua gol ketika rekod kemenangan ke- 16 berturut- turut Monaco dalam Ligue 1 Perancis berakhir dengan kekalahan 0-4 kepada Nice di Stadium Allianz Riviera Sabtu lepas.

Tendangan penalti awal Balotelli meletakkan Nice di hadapan sebelum Alassane Plea menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-18.

Monaco cuba meningkatk­an permainan dalam separuh masa kedua tetapi Balotelli menjaringk­an gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan sebelum pemain gantian, Ignatius Ganago melengkapk­an jaringan.

Ia adalah aksi cemerlang dari Nice, yang menamatkan saingan liga di tangga ketiga musim lepas setelah tewas tiga dari empat perlawanan pertama musim ini sebelum rehat bola sepak antara- bangsa.

“Perlawanan ini cukup hebat untuk kembali ke landasan saingan liga,” kata jurulatih Nice, Lucien Favre, selepas pasukannya mengulangi kemenangan 4-0 ke atas Monaco setahun yang lalu.

Bagi Monaco, ia kekalahan mengecewak­an di mana mereka kini ketinggala­n tiga mata di belakang pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG) dan ia adalah perlawanan pertama sejak penyerang remaja sensasinya, Kylian Mbappe meninggalk­an kelab untuk ke PSG.

“Kami harus terus menyokong pemain kerana hari ini adalah hari yang buruk untuk kami,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

Balotelli kembali dari kecederaan untuk membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama liga musim ini tetapi pemain baharu, Wesley Sneijder tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan ketika beraksi untuk Belanda dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Perancis minggu lepas.

Pada perlawanan lain, Nantes menewaskan Montpellie­r 1- 0 untuk memastikan tiga perlawanan tanpa bolos berturut-turut dengan Diego menjaringk­an gol kemenangan.

Caen, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain, menewaskan Dijon 21 untuk kemenangan ketiga berturut-turut.

Gael Kakuta menjaringk­an gol untuk perlawanan kedua berturut-turut ketika pendatang baharu Ligue 1, Amiens, mencipta kemenangan kedua berturut- turut dan Sabtu lepas menewaskan Strasbourg 1-0. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia