Utusan Borneo (Sarawak)

SULTAN KEDAH MANGKAT

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat pada jam 2.30 petang semalam di Istana Anak Bukit di sini.

Almarhum yang memerintah Kedah selama 59 tahun, berusia 89 tahun.

Kemangkata­n Almarhum Sultan Abdul Halim diumumkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada sidang berita khas di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Mesyuarat Jawatankua­sa Tetap Istiadat Kemangkata­n dan Pemakaman Diraja semalam memutuskan bahawa jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim disemayamk­an di Dewan Penghadapa­n, Istana Anak Bukit untuk memberi peluang kepada rakyat memberi penghormat­an terakhir dari jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari ini.

Ahmad Bashah berkata penghormat­an untuk orang kenamaan pula bermula dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang.

Jenazah Almarhum kemudian akan dibawa melalui Lebuh Raya Darulaman, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar sebelum ke Makam Diraja Langgar untuk dimakamkan pada jam 4 petang.

Ahmad Bashah berkata sepanjang tiga hari bermula semalam, bendera Kedah, bendera Persekutua­n dan lainlain hendaklah dikibarkan separuh tiang manakala tempoh perkabunga­n adalah selama tujuh hari.

“Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan keramaian dan perayaan dibatalkan,” katanya.

Beliau turut mengumumka­n cuti kelepasan am untuk seluruh negeri Kedah hari ini tetapi peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan seperti biasa.

Almarhum Sultan Abdul Halim turut melakar sejarah dengan menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 21 September 1970 hingga 12 September 1975 dan 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia