Utusan Borneo (Sarawak)

PLAK PERINGATAN ASKAR VETERAN KIWI YANG PERTAMA DI KUCHING •

- Oleh Henrietta Liza

MALAYSIA dan New Zealand menjalin hubungan diplomatik yang baik semenjak zaman konfrontas­i dan Sarawak berbangga menerima Plak Peringatan bersejarah askar veteran negara Kiwi itu yang pertama di dunia, di Kuching.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Warisan STF, Dato Lim Kian Hock berkata terdapat banyak persamaan kedua-dua negara antaranya; Malaysia juga berkongsi sejarah pendidikan sejak zaman Rancangan Columbo.

“Pada masa yang sama sistem kod tanah ‘toren’ dalam pentadbira­n survei dan tanah kita dan terutama sekali sebagai dalam persaudara­an Komanwel, di mana pembela Kiwi kita berada di sini sewaktu tempoh konfrontas­i dahulu.

“Kita sangat bersyukur kepada Persatuan Veteran Malaya New Zealand (MNZVA) kerana memilih Kuching, Sarawak, untuk meletakkan Plak Peringatan bersejarah mereka yang pertama di dunia.

“Sememangny­a, kita sentiasa mengingati di dalam hati selama ini, persahabat­an dan kerjasama yang lama terjalin antara keduadua negara” katanya sewaktu berucap pada Majlis Memperinga­ti dan Kesyukuran tentera New Zealand yang terkorban di negara ini suatu masa dahulu di Makam Pahlawan di Kuching, baru-baru ini.

Beliau mengucapka­n penghargaa­n kepada rakan-rakan dari negara New Zealand yang tiba dari Lingkaran Pasifik dan rantau Australasi­a, ke Kota Perpaduan, Kuching.

Penghormat­an kepada veteran Kiwi turut disertakan bersama anggota angkatan tentera negara dan polis diraja Malaysia di atas pengorbana­n dan sumbangan mereka ketika berjuang berhabisan demi keamanan, perpaduan dan kebebasan yang kita nikmati hari ini.

Tegas beliau, jasa isteri dan anggota keluarga mereka juga tidak dilupakan dan ke atas penderitaa­n dan keresahan mereka sepanjang operasi keselamata­n berlaku di Borneo.

Operasi keselamata­n berkenaan dicatatkan berlaku pada tahun 19631967 ketika askar-askar ini membawa raifal untuk menentang penceroboh.

“Saya membawa pen kecil saya sewaktu operasi perang psikologi bersama mereka, untuk menawan hati dan minda rakyat.

“Kami berada dalam keadaan yang begitu tegang sekali sehingga kami tidak pernah bertanya adakah orang itu berbangsa Kiwi, Aussie atau British kerana misi kami yang sama adalah keamanan,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, pihaknya juga memperinga­ti jasa John Noakes, seorang warganegar­a Kiwi bekerja sebagai juruukur di bawah pemerintah­an Rajah Sir Vyner Brooke.

Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha Pertahanan Sarawak untuk menentang penceroboh­an Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada 1941.

Sewaktu penjajahan Jepun, beliau dipenjara di Kem Tahanan Perang (POW) Batu Lintang, Kuching.

Selepas perang, Noakes menjadi Pengarah Jabatan Koperasi yang membawa kepada kejayaan besar Koperasi Nelayan Heng Hua.

Sebuah jalan hari ini dinamakan sebagai Jalan Noak di Sungai Apong, Pending, sebagai memberi penghormat­an kepadanya.

Turut hadir adalah Naib Presiden Kanan New Zealand Malayan Veterans Associatio­n, Lans Korperal (b) William Russell dan Suruhanjay­a Tertinggi New Zealand ke Malaysia, Dr John Subritzky.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOIR: Laura Munan menjadi vokal utama koir bagi upacara istimewa majlis tersebut. KENANGAN: John (tiga kiri) merakam kenangan bersama Plak Peringatan bersejarah askar veteran negara Kiwi yang ditempatka­n di Makam Pahlawan di Jalan Taman Budaya di...
KOIR: Laura Munan menjadi vokal utama koir bagi upacara istimewa majlis tersebut. KENANGAN: John (tiga kiri) merakam kenangan bersama Plak Peringatan bersejarah askar veteran negara Kiwi yang ditempatka­n di Makam Pahlawan di Jalan Taman Budaya di...
 ??  ??
 ??  ?? HADIRIN: Antara yang hadir pada majlis tersebut.
HADIRIN: Antara yang hadir pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia