Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan dua lelaki, rampas senapang, parang dan samurai

-

KUCHING: Polis menahan dua lelaki serta merampas dua laras senapang buatan sendiri dan empat bilah senjata termasuk parang dan pedang samurai ketika melakukan pemeriksaa­n terhadap sebuah kenderaan yang mencurigak­an di kawasan letak kereta Pasar Sungai Maong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata keduadua suspek dari Sebuyau itu masing-masing berusia 27 dan 47 tahun.

“Mereka ditangkap se- masa sepasukan anggota dari Balai Polis Satok melakukan rondaan di tempat parkir Pasar Sungai Maong pada jam 2.15 pagi.

“Kami terserempa­k dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil bernombor pendaftara­n QKW2370 yang dalam keadaan mencurigak­an sebelum diperiksa,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n, polis menjumpai beberapa senjata api dan senjata berbahaya selain tiga butir peluru di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Menurut Abang Ahmad, pihaknya turut menjumpai satu unit pisau kecil yang diletakkan di belakang poket tempat duduk pemandu selain satu beg hitam mengandung­i alat untuk membakar dadah dipercayai syabu dan bungkusan pil ubat.

Beliau berkata permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dipohon hari ini bagi membantu siasatan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Barang rampasan daripada dua suspek yang mencurigak­an di kawasan Pasar Sungai Maong di Kuching semalam.
BAHAN BUKTI: Barang rampasan daripada dua suspek yang mencurigak­an di kawasan Pasar Sungai Maong di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia