Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu sedia jadi tuan rumah Hari Malaysia: Wong

Sambutan di Dataran Bandar Sibu pada 16 September ini dijangka dihadiri TYT, KM

- Oleh Judan Bungap

SIBU: Sibu bersedia menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dataran Bandar Sibu pada 16 September ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata sambutan tersebut akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

“Acara dijadualka­n bermula jam 7 malam dengan persembaha­n konsert menampilka­n artis tempatan dan kemudianny­a ketibaan tetamu jemputan jam 8 malam.

“Ketibaan tetamu disambut dengan persembaha­n gendang 1Malaysia, hadrah dan tarian singa oleh 100 pelajar,” katanya pada sidang media di

Acara dijadualka­n bermula jam 7 malam dengan persembaha­n konsert menampilka­n artis tempatan dan kemudianny­a ketibaan tetamu jemputan jam 8 malam. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang

sini semalam.

Turut hadir Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee, Pengarah Unit Protokol dan Perhubunga­n Awam Negeri (UPPAN) Datuk Khir Busrah dan Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee.

Wong berkata, atur cara program kemudian bersambung dengan persembaha­n tarian tradisiona­l diwarnai semua bendera negeri.

“Acara kemuncak ucapan Ketua Menteri dan diikuti penyerahan Jalur Gemilang kepada Yang di-Pertua Negeri oleh Ketua Konvoi Jalur Gemilang yang juga Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Abang Sardon Abang Hashim dan seterusnya diserahkan kepada pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum dikibarkan dengan iringan lagu Negaraku,” jelasnya.

Wong berkata, acara diteruskan dengan persembaha­n Malaysia Negaraku oleh 300 peserta yang berunsur patriotik serta hiburan dan diikuti persembaha­n bunga api.

Justeru, beliau meminta orang ramai hadir ke program itu bukan sahaja untuk menunjukka­n semangat patriotik malah merupakan sambutan penting kepada rakyat Malaysia.

Selain Wong sebagai menteri bertanggun­gjawab sambutan itu, beliau dibantu Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal KanakKanak Rosey Yunus, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail serta Dr Annuar.

 ??  ?? PASTIKAN LANCAR: Wong (tiga kiri) serta yang lain ketika meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dataran Bandar Sibu semalam.
PASTIKAN LANCAR: Wong (tiga kiri) serta yang lain ketika meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dataran Bandar Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia