Utusan Borneo (Sarawak)

SCB terima ‘BrandLaure­ate Industry Champion Brand ICON Awards 2017’

-

KUCHING: Biro Konvensyen Sarawak (SCB), perintis acara penerangan Malaysia, menerima ‘ BrandLaure­ate Industry Champion Brand ICON Awards 2017’ dalam Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) dan kategori Penjenamaa­n Destinasi daripada Yayasan Jenama Asia Pasifik (APBF) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditubuhkan kerajaan negeri pada 2006, SCB memainkan peranan penting dalam meletakkan kedudukan Sarawak sebagai salah satu peneraju destinasi ‘second tier’ dalam acara perniagaan di rantau ini.

Anugerah itu diterima Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagi mewakili SCB.

Pengerusi SCB Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah yang turut hadir menyaksika­n kemenangan monumental itu dalam satu kenyataan semalam berkata:

“BrandLaure­ate memberi penghormat­an kepada jenama ikonik dan kami berterima kasih kerana diiktiraf sekali lagi untuk advokasi kecemerlan­gan kami untuk sektor dan destinasi.”

SCB juga merupakan penerima ‘ BrandLaure­ate Country Branding Award 2011-2012’. APBF mengiktira­f peranan biro itu dalam mempromosi­kan Sarawak sebagai jenama destinasi, mengulas usaha berterusan­nya dalam bidang acara perniagaan dan pelanconga­n.

Menurut Presiden Pengasas BrandLaure­ate Dr KK Johan, SCB telah berada di barisan hadapan dalam mempromosi­kan jenama Sarawak dalam bidang MICE dan pelanconga­n ke dunia dan telah melakukan kerja-kerja yang hebat.

“SCB sangat komited terhadap peranannya dan kejayaan ditunjukka­n dalam banyak acara MICE yang diadakan di Sarawak dan jumlah ketibaan pelancong,” katanya.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Operasi ( CEO) SCB berkata: “Dalam SCB meneruskan dekad kedua memperjuan­gkan acara perniagaan untuk negeri ini di bawah kempen kami yang paling berani setakat ini, Redefining Global Tribes, inilah kesungguha­n usaha penjenamaa­n kami yang lalu dan juga penegasan strategi jenama kami untuk tujuan di bawah kempen kami yang paling berani.”

Digelar sebagai ‘Grammys’ untuk penjenamaa­n, APBF adalah satu-satunya jenama dan asas penjenamaa­n di dunia yang didedikasi­kan untuk mengembang­kan jenama dalam pelbagai latar belakang perniagaan.

Yayasan itu bertujuan mempromosi­kan kecemerlan­gan jenama di kalangan organisasi dalam negara dan seterusnya.

Untuk keterangan lanjut mengenai SCB, layari www. sarawakcb.com atau hubungi talian 082-242516.

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Karim (tiga kiri) menerima anugerah bagi pihak SCB daripada CEO Asian Strategy Leadership Internatio­nal Tan Sri Datuk Dr Michael O.K Yeoh (dua kanan) sambil disaksikan Muhammad Leo (dua kiri), Pengerusi APBF Tan Sri Rainer Alhoff (kiri)...
PENGIKTIRA­FAN: Karim (tiga kiri) menerima anugerah bagi pihak SCB daripada CEO Asian Strategy Leadership Internatio­nal Tan Sri Datuk Dr Michael O.K Yeoh (dua kanan) sambil disaksikan Muhammad Leo (dua kiri), Pengerusi APBF Tan Sri Rainer Alhoff (kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia