Utusan Borneo (Sarawak)

Sejuta sertai program ‘Moh Ngeteh Merdeka KKLW’ di seluruh negara

-

SUNGAI PETANI: Kira-kira satu juta komuniti Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan orang ramai menyertai program ‘Moh Ngeteh Merdeka KKLW 2017‘ yang diadakan serentak di 12,246 lokasi di seluruh negara semalam.

Sambutan peringkat kebangsaan program itu diadakan di Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani dekat sini yang dirasmikan Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Program itu yang merupakan kemuncak program sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, bertujuan menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga KKLW dan orang awam agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbana­n negarawan terdahulu dalam usaha memerdekak­an negara.

Menariknya, Ismail Sabri turut berkesempa­tan melakukan lintas langsung dengan pelajar dan komuniti MARA yang berada di pejabat MARA di luar negara seperti Amerika, Rusia, Jerman, Australia dan Mesir.

Beliau berkomunik­asi dengan kesemua komuniti MARA melalui telekonfer­ens sambil bertanyaka­n perkembang­an pelajar sepanjang mereka berada di luar negara.

Lintas langsung turut diadakan bersama GIATMARA Langkawi, Ibu Pejabat MARA di Putrajaya, UniKL, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kemaman, Terengganu dan KKLW Putrajaya, Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu di PUTRAJAYA, program tersebut diraikan bersama lebih 1,000 warga kerja kementeria­n serta unit dan agensi di bawahnya yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.

Antara acara yang dianjurkan sempena meraikan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini ialah Pertanding­an KKLW Idol dan Kuiz Merdeka.

Program Moh Ngeteh Merdeka KKLW merupakan penganjura­n kali kedua selepas diadakan tahun lalu di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan dengan kehadiran 609,662 peserta seluruh negara sekali gus dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan paling ramai.

Di DUNGUN, kira- kira 1,600 orang bakal menyertai program Moh Ngeteh Merdeka KKLW 2017 di lima lokasi di Terengganu.

Program itu diadakan serentak di RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini, Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir, Pasir Raja di Hulu Dungun, Bandar Ketengah Jaya dan Pejabat Ketengah di Bandar Cheneh Baharu dengan pelbagai aktiviti menarik untuk meningkatk­an semangat patriotism­e penduduk luar bandar. — Bernama

 ?? Bernama — Gambar ?? PATRIOTIK: Borhan bersama warga kementeria­nnya mengibar Jalur Gemilang semasa program #mohngetehm­erdekakklw 2017 sempena sambutan Bulan Kebangsaan di KKLW semalam.
Bernama — Gambar PATRIOTIK: Borhan bersama warga kementeria­nnya mengibar Jalur Gemilang semasa program #mohngetehm­erdekakklw 2017 sempena sambutan Bulan Kebangsaan di KKLW semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia