Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan wujudkan taman industri halal nasional

-

KUALA LUMPUR: Kera- jaan bercadang mewujudkan taman industri halal nasional dalam usaha memperkemb­angkan industri berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pusat itu boleh menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an baharu berkaitan industri halal selain produk bersesuaia­n dalam menuju ke era Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).

Ahmad Zahid menarik perhatian bahawa 23 taman halal telah diwujudkan namun ia berselerak di seluruh negara.

“Untuk memperliha­t keseriusan kita, saya amat bersetuju supaya Halal Jaya atau nama lain yang ber- sesuaian dapat diwujudkan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Dialog Perdana Industri Halal 2017, di sini semalam.

Beliau berkata lokasi taman industri halal nasional itu tidak semestinya dibina di Lembah Klang dan perlu mengambil kira kos pemilikan tanah yang mampu milik.

Terdahulu dalam sesi dialog, Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia, berkata 330,000 peluang pekerjaan disasar diwujudkan dalam industri halal menjelang 2020.

Sektor itu mempunyai 248,508 pekerja sehingga akhir tahun lepas.

Beliau berkata kerajaan turut menyasarka­n pewujudan 1,600 syarikat pengekspor­t Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjelang 2020 berbanding 1,257 sehingga akhir 2016.

Sesi dialog yang dihadiri kira-kira 1,000 peserta mewakili pihak berkepenti­ngan dalam industri halal Malaysia itu bertujuan mengumpul maklum balas dan cadangan mengenai hala tuju pembanguna­n industri halal negara ke peringkat lebih tinggi.

Maklum balas daripada sesi dialog itu akan dibentang pada sesi Makmal Pembentuka­n Pelan Industri Halal 2.0 dari 14 hingga 19 Sept ini.

Eksport halal Malaysia berjumlah RM42 bilion tahun lepas berbanding RM39 bilion pada 2015 dan ia dijangka melebihi RM50 bilion menjelang 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia