Utusan Borneo (Sarawak)

Kikis budaya takut disiasat oleh SPRM

Seluruh ekosistem sesebuah jabatan atau syarikat mesti telus, cegah rasuah lebih awal

-

PUTRAJAYA: Syarikat atau orang ramai harus mengikis budaya takut disiasat atau diaudit oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mana-mana agensi penguatkua­saan bagi memastikan negara ini bebas dan bersih daripada anasir rasuah serta salah guna kuasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, seluruh ekosistem sesebuah jabatan atau syarikat mesti telus supaya gejala rasuah dan salah guna kuasa dapat dikesan dan dicegah lebih awal.

“Kalau ada kes, SPRM teruskan siasatan. Kalau tiada kes, ia akan digugurkan. Adakalanya, ada perbuatan sekongkol dalam sesuatu jabatan atau syarikat yang menyebabka­n SPRM sukar menjalanka­n siasatan dan sukar membuktika­n kejadian rasuah kerana wujud gejala itu daripada pengurusan tertinggi sampai ke bawah,” katanya ketika berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Pendaftara­n Negara Malaysia di sini semalam.

Kalau ada kes, SPRM teruskan siasatan. Kalau tiada kes, ia akan digugurkan. Adakalanya, ada perbuatan sekongkol dalam sesuatu jabatan atau syarikat yang menyebabka­n SPRM sukar menjalanka­n siasatan dan sukar membuktika­n kejadian rasuah kerana wujud gejala itu daripada pengurusan tertinggi sampai ke bawah. Datuk Nur Jazlan Mohamed Timbalan Menteri Dalam Negeri

Beliau berkata, lazimnya persepsi orang ramai adalah sekiranya SPRM siasat orang politik, pegawai kerajaan, pengurusan korporat atau individu, pasti mereka terlibat atau mempunyai pengaruh dalam rasuah besar.

Oleh itu adalah wajar juga untuk SPRM mencari langkah keseimbang­an antara badan itu dengan jabatan kerajaan, syarikat atau individu yang disiasat agar imej mereka yang terlibat dalam proses siasatan tidak tercemar serta mengelakka­n masyarakat menghukum mereka walaupun belum dibuktikan bersalah.

Nur Jazlan berkata sewaktu beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Kira- kira Wang Negara ( PAC), beliau memanggil ketua- ketua jabatan bagi memastikan aspek menjaga ketenteram­an awam serta meningkatk­an kepercayaa­n rakyat terhadap kerajaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pengurusan dan Profesiona­lisme) SPRM Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah menengaska­n SPRM tidak akan sesekali menganiaya sesiapa dalam menjalanka­n siasatan terhadap kes rasuah dan penyalahgu­naan kuasa di negara ini sebaliknya, siasatan itu dijalankan berdasarka­n fakta kes yang sebenar.

“SPRM sentiasa berlapang dada dalam melaksanak­an segala siasatanny­a dan bukan mencari salah orang. Kalau skandal itu bukan skandal sebenar, kita tidak akan aniaya orang. Segalanya dibuat dengan seikhlas mungkin.

“Sekarang ini kita lihat ramai yang menyarungk­an ‘baju lokap SPRM’, tetapi ia bukan bagi menganiaya orang tetapi lebih kepada soal untuk membuktika­n hal ehwal berkaitan rasuah,” katanya dalam ucapannya pada majlis itu.

Beliau berkata JPN merupakan jabatan ke- 16 di peringkat ibu pejabat menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah yang jelas memperliha­tkan kejujuran, keikhlasan dan komitmen kerja untuk berkhidmat dalam suasana kerja lebih kondusif dan bebas daripada sebarang anasir rasuah demi menjalanka­n tanggungja­wab dan amanah kepada rakyat.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Mohd Yazid Ramli. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS RASUAH: Nur Jazlan (tengah) menyaksika­n penyerahan Ikrar Bebas Rasuah oleh Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Mohd Yazid Ramli (dua, kiri) dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a bahagian Pengurusan dan Profesiona­lisme Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah...
— Gambar Bernama BEBAS RASUAH: Nur Jazlan (tengah) menyaksika­n penyerahan Ikrar Bebas Rasuah oleh Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Mohd Yazid Ramli (dua, kiri) dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a bahagian Pengurusan dan Profesiona­lisme Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia