Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa ambil cuti teman anak sepanjang UPSR

-

MELAKA: Debaran menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) yang bermula semalam turut dirasai oleh ibu bapa yang mengharapk­an anak mereka dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaa­n itu.

Tinjauan Bernama di sekolah-sekolah sekitar Melaka mendapati ada ibu bapa yang sanggup mengambil cuti empat hari bagi memberi sokongan moral dan menemani anak masing-masing.

Selain itu terdapat juga ibu bapa yang menunggu anakanak di sekolah termasuk mengadakan bacaan Yasin dan menunaikan solat hajat agar anak mereka dapat menjawab soalan peperiksaa­n dengan baik.

Penjawat awam, Fuziah Ab Bakar, 50, berkata dia dan suaminya, Saad Ahmad, 50, pengurus syarikat swasta telah memohon cuti sejak awal lagi bagi menemani anak mereka menduduki UPSR.

Katanya, mereka berdua sentiasa mengingatk­an anak mereka Syazwin Amira Saad, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh, agar tidak mudah berputus asa.

“Sebelum ini, sebagai tanda sokongan saya menemani dia belajar sehingga lewat malam,” kata ibu kepada empat anak itu.

Bagi Ketua Biro Bernama Melaka Fadzli Ramli, 39, berkata beliau tidak begitu gusar kerana anak sulungnya Ainur Mardhiah Fadzli, 12, bersekolah di SK Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil di sini, telah melakukan persediaan awal untuk menghadapi ujian UPSR tahun ini.

“Risau itu memang ada, bapa mana tidak risau tengok anaknya ambil ujian besar, tetapi sejak awal tahun lagi saya telah belikan buku latih tubi bagi membiasaka­n anak saya dengan soalan- soalan UPSR dan saya serta isteri akan semak jawapan dia, kalau ada jawapan salah terang- kan jawapan yang betul.

“Semua persediaan sudah dilakukan, sekarang kita doa supaya dia dapat buat yang terbaik sahaja,” katanya.

Beliau berkata apa yang paling penting ialah tidak memberikan tekanan yang berlebihan kepada anak selain memastikan sokongan tidak berbelah bahagi walau apapun keputusan yang diperoleh nanti.

Nur Hasidah Abd Ghani, 40, berkata rasa gementarny­a melebihi anak sulungnya yang menduduki UPSR di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin.

“Saya harap dan mendoakan agar dia dapat men- jawab UPSR dengan baik dan cemerlang serta menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain,” ujarnya.

Menurut jururawat di hospital swasta itu, beliau dan suami, Mohd Farouk Othman, 40, yang bekerja sendiri, mengambil cuti secara bergilir- gilir untuk menemani anak mereka Nur Elfiayana Sofia Mohd Farouk, 12, menduduki peperiksaa­n peperiksaa­n itu.

“Saya harap anak dapat menjawab soalan peperiksaa­n dengan tenang apabila dia tahu saya menemaniny­a walaupun saya terpaksa menghabisk­an masa seharian di sekolah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia