Utusan Borneo (Sarawak)

AC Milan tewas di tangan Lazio

-

MILAN, Itali: Napoli dan Inter Milan mencipta kemenangan ketiga berturut-turut untuk mengekalka­n saingan dengan juara bertahan, Juventus, di singahsana Serie A Itali tetapi AC Milan kecundang di Lazio Ahad lepas. Inter, yang dibimbing Luciano Spalletti, menewaskan pendatang baharu liga, SPAL 2-0 di San Siro ketika Juventus menewaskan Chievo 3-0 di Turin pada perlawanan hari Sabtu. Napoli juga masih belum tewas apabila membuat persediaan untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk dengan kemenangan 3-0 di Bologna menerusi gol Jose Callejon, Dries Mertens dan Piotr Zielinski. Juventus – yang bertandang ke Barcelona untuk perlawanan Liga Juara-Juara hari ini, berada di tangga teratas liga perbezaan gol selepas berkongsi sembilan mata dengan Napoli dan Inter Milan sementara Lazio di tangga keempat dengan tujuh mata. AC Milan tercicir ke tangga ketujuh selepas kekalahan pertama mereka musim ini ketika Ciro Immobile menjaringk­an hatrik untuk kemenangan 4-1. Sk u a d bimbingan Si m o n e In z a g h i ‘m e n g a - muk’ dengan Immobile menjaringk­an tiga gol dalam 10 minit, termasuk satu tendangan penalti pada satu perlawanan yang tertangguh selama satu jam kerana hujan lebat. Ri c c a r d o Mo n t o l i v o merapatkan kedudukan buat Milan dari satu tendangan percuma Hakan Calhanoglu tetapi skuad bimbingan Vincenzo Montella tidak dapat mengelak kekalahan pertama mereka dari tiga perlawanan.

“Tidak banyak pasukan akan menembusi Milan sebanyak empat gol,” kata Immobile, yang menjaringk­an gol untuk Itali dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu ini.”

Selepas dua perlawanan mudah menentang Crotone dan Cagliari, Milan menyedari realiti sebenar apabila menentang Lazio.

Gol pertama Immobile adalah dari tendangan penalti pada minit ke-38, dan empat minit kemudian menambah jaringan dari umpanan Senad Lulic.

Beliau melengkapk­an hatrik enam minit kemudian dan mengumpan bola kepada Luis Alberto untuk gol keempat.

Pada perlawanan awal, Maurco Icardi membuka jaringan buat Inter Milan dari satu tendangan penalti pada minit ke-27 untuk gol kelima beliau musim ini.

Ivan Perisic melengkapk­an jaringan pada minit ke-87 dengan satu rembatan kencang.

“Ia adalah tiga mata penting yang mengukuhka­n kedudukan kami di kelompok teratas liga dan menambah keyakinan diri pasukan,” kata penolong jurulatih Inter, Marco Domenichin­i.

Pada perlawanan lain, Fiorentina bangkit dari dua kekalahan berturut- turut untuk mencipta kemenangan pertama musim ini apabila membelasah Verona 5-0 di gelanggang lawan.

Atalanta menang 2- 1 di tempat sendiri menentang Sassuolo sementara Cagliari juga mencipta kemenangan pertama di stadium baharu mereka dengan menewaskan Crotone 1- 0 dan Udinese menewaskan Genoa 1-0.

Torino memerlukan gol lewat dari Iago Falque untuk menewaskan Benevento 1-0. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAIKAN: Immobile meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Serie A menentang AC Milan.
— Gambar Reuters RAIKAN: Immobile meraikan gol jaringan bersama rakan sepasukan pada aksi Serie A menentang AC Milan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia