Utusan Borneo (Sarawak)

RM731.5 juta untuk kebajikan

56,950 penerima adalah rakyat Sabah membabitka­n peruntukan RM81.2j

-

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, pada tahun lalu kerajaan telah memperuntu­kkan sebanyak RM1.5 bilion dana bagi Bantuan Kebajikan Masyarakat untuk disalurkan kepada kumpulan sasar.

Menurutnya, sehingga Jun tahun ini, sebanyak RM731.5 juta telah diperuntuk­kan kerajaan yang membabitka­n seramai 483,367 penerima.

Daripada jumlah itu, seramai 56,950 penerima adalah rakyat Sabah yang membabitka­n peruntukan sebanyak RM81.2 juta.

“Bantuan yang disalurkan kerajaan ini adalah bagi membantu mengurangk­an beban yang ditanggung oleh golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Bulan Kebajikan Negara 2017 di Dewan Pa’ Musa pada Ahad.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitah­u, kementeria­n melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkena­lkan program ‘2 Years Exit Programme’ ( 2YEP) sebagai inisiatif menggalakk­an penerima bantuan untuk ber- dikari dan terlibat aktif dalam pekerjaan mahupun perniagaan.

Katanya, program berkenaan telah dilaksanak­an di seluruh negara pada tahun lepas dengan penglibata­n seramai 2,002 orang.

Dalam perkembang­an berkaitan, Azizah berkata JKM turut mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) sebagai persediaan menghadapi status negara tua pada tahun 2030.

Katanya, PAWE merupakan perkhidmat­an yang bercorak pendamping­an sosial dan pusat pembanguna­n warga emas yang melibatkan kerjasama strategik agensi kerajaan yang lain, per- tubuhan bukan kerajaan serta jawatankua­sa daripada komuniti setempat.

“Sehingga kini, sebanyak 51 buah PAWE telah diwujudkan di seluruh negara yang memberikan perkhidmat­an kepada seramai 32,284 orang warga emas.

“Melalui perkhidmat­an yang ditawarkan di PAWE, kerajaan berhasrat mewujudkan warga emas yang berdikari, dan dihormati dengan mengoptimu­mkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatk­an kesejahter­aan hidup dalam pembanguna­n negara,” katanya.

 ??  ?? KEBAJIKAN: Azizah menyampaik­an geran kepada pengerusi-pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kawasan Beaufort.
KEBAJIKAN: Azizah menyampaik­an geran kepada pengerusi-pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kawasan Beaufort.
 ??  ?? KEMPEN: Christina (lima kiri) memalu gong sebagai simbolik perasmian Kempen Kesedaran Kanser Usus Besar di Sandakan.
KEMPEN: Christina (lima kiri) memalu gong sebagai simbolik perasmian Kempen Kesedaran Kanser Usus Besar di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia