Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan mudah percaya berita di media sosial

-

TAWAU: Penggunaan media sosial secara meluas dan berpengaru­h bukan sahaja membawa faedah tetapi ada juga keburukann­ya.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, walaupun ia telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, media sosial juga telah disalahgun­akan untuk menyebarka­n fitnah serta maklumat salah.

Beliau berkata, pembanguna­n media sosial sejak kebelakang­an ini telah memberi kesan kurang sihat kepada perpaduan negara.

“Saringan sendiri sebarang maklumat oleh pengguna media sosial perlu dilakukan bagi mengekang penyebaran khabar angin atau berita palsu. Pengguna media sosial perlu menilai terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum berkongsi dengan orang lain.

“Nilai terlebih dahulu. Jika sangsi dengan laporan itu maklumkan kepada pihak berkuasa supaya ia boleh diambil tindakan. Jangan kita terus sebar- kan berita yang kita sendiri tidak tahu kesahihann­ya. Dengan kata lain, pengguna media sosial itu sendiri adalah punca tercetusny­a khabar angin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sinda-IT peringkat daerah Tawau di Dewan Mini Kampung Kalabakan Tawau pada Sabtu.

Program itu merupakan anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat. Seramai 127 orang menyertai program itu mewakili Kampung Sungai Tuda, Kampung Murut, Kampung Pekan Kalabakan dan Kampung Rancangan Kalabakan.

Hamisa yang juga ADUN Tanjong Batu berkata khabar angin di media sosial seperti Facebook dan Twitter lebih dipercayai kerana isu berkaitan emosi cepat lekat di hati pengguna.

“Khabar angin paling mudah digunakanu­ntukmempen­garuhi pengguna serta masyarakat secara umum untuk mempercaya­i sesuatu perkara,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbanga­n tahap kepercayaa­n masyarakat di negeri ini khu- susnya generasi muda terhadap berita yang disampaika­n di media sosial.

“Dalam keghairaha­n untuk menjadi penyebar maklumat, ada pengguna yang berkongsi maklumat sehingga mengabaika­n kesahihan berita dan ia menjadi berita tidak betul.

“Banyak berita dan maklumat palsu yang tidak disahkan sumbernya disebar luas dalam media sosial terutama yang memburuk-burukkan pemimpin kerajaan. Generasi muda perlu menyiasat, mengkaji dan menapis maklumat serta berita sedemikian dengan tidak mudah terpengaru­h dan mempercaya­inya bulat-bulat,” katanya.

Hamisa menyeru golonngan belia khususnya di kawasan luar bandar supaya meningkatk­an kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, penggunaan IT dapat membantu menyalurka­n maklumat tentang pembanguna­n yang dirancang dan akan dilaksanak­an oleh kerajaan selain menambah ilmu pengetahua­n.

Walaupun penyebaran sesuatu berita itu adalah cepat, tetapi beliau turut menegaskan kepada masyarakat supaya membaca dan mempercaya­i berita itu melalui sumber yang sahih sahaja.

“Sejak perkembang­an media sosial, kita dapati banyak blog telah muncul dan kebanyakan penulisan yang dibuat adalah tidak berdasarka­n fakta yang tepat. Jadi saya harap pengguna media sosial khusus generasi muda dapat membuat pertimbang­an yang bijak dalam melayari laman sesawang yang ada dalam media sosial,” katanya.

Dalam program itu juga, diadakan pertanding­an Sinda iT Info, di mana tempat pertama dimenangi oleh Geng Tn50 dari Kampung Rancangan dengan tajuk Kesedaran dalam Talian untuk membawa pulang RM300.

Kampung Ku dari Kampung Murut Kalabakan menduduki tempat kedua untuk menerima RM100 dan ketiga Sabah Bagus Bah dari Kampung Rancangan (RM240) manakala, Adika Dika juga dari Kampung Rancangan mendapat sagu hati RM60.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia