Utusan Borneo (Sarawak)

Kuota wajib 30% untuk pecahkan monopoli kartel daging import

-

TEMERLOH: Syarat mewajibkan kuota sekurangku­rangnya 30 peratus untuk pengimport Bumiputera dijangka dapat memecahkan monopoli kartel daging import, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, syarat itu juga akan turut dikenakan kepada dua lagi pusat penyembeli­han yang bakal menerima kelulusan mengeskpor­t daging ke Malaysia bagi memastikan pengimport Bumiputera turut mendapat peluang dalam perniagaan itu.

Setakat ini, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kesihatan telah membuat pemeriksaa­n di beberapa pusat penyembeli­han baharu di India sebelum diberi kelulusan berkaitan, katanya.

“Syarat (30 peratus) itu sedang diteliti dan dijangka dapat dilaksanak­an memandangk­an kelulusan kepada tujuh atau lapan pengekspor­t daging sudah hampir tamat tempohnya dan perlu diperbahar­ui.

“Secara dasarnya ia telah dipersetuj­ui dan kita cuma menunggu kelulusan pihak pusat penyembeli­han dan Jabatan Veterinar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Penyampaia­n Bantuan ‘Touch Point’ kepada Nelayan Daerah Temerloh di sini, semalam.

Tajuddin berkata demikian bagi mengulas kewujudan kartel dalam aktiviti import daging yang didakwa menyaksika­n penglibata­n Bumiputera sebanyak 10 peratus sedangkan Malaysia mengimport daging pada nilai hampir RM2 bilion setahun, kebanyakka­nnya dari India.

Beliau juga mengakui masalah itu berkemungk­inan disebabkan oleh sikap pengekspor­t yang disifatkan­nya selesa berurusan dengan pengimport bukan Bumiputera yang tidak mahu perniagaan mereka turut terjejas.

“Bagi saya, tidak adil jika peluang itu tidak diberikan kepada pengimport Bumiputera,” katanya.

Tajuddin juga berharap pengimport Bumiputera dapat bergabung menubuhkan satu konsortium sebagaiman­a yang pernah disarankan beliau sejak dua tahun lalu dalam usaha meningkatk­an kemampuan bersaing dengan pengimport bukan Bumiputera.

“Kita mahu konsortium itu wujud supaya mereka boleh mendapatka­n pinjaman bank kerana usaha mengimport perlukan modal besar sedan- gkan kebanyakan mereka memiliki modal terhad. Oleh itu, bagaimana mereka mahu bersaing?

“Perkara ini perlu dilihat semula agar mereka boleh mendapatka­n pembiayaan bagi kemudahan seperti bilik sejuk. Ini boleh dilaksanak­an jika mereka bergabung,” katanya.

Selain itu, Tajuddin juga menegaskan setakat ini tidak timbul sebarang keperluan untuk merombak Jabatan Veterinar berhubung isu kartel daging berikutan sikap positif jabatan itu dalam usaha mengatasi perkara berkenaan. — Bernama FRANKFURT: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad mempunyai jadual ketat sepanjang lawatannya ke Eropah, yang meliputi Hamburg (Jerman), Amsterdam (Belanda), Brussels (Belgium) dan Stockholm (Sweden) dari 17 hingga 24 Okt.

Mustapa akan menyertai seminar Hamburg pada 18 Okt – yang mengetenga­hkan peluang-peluang pelaburan kepada industri Jerman di Malaysia.

“Dua syarikat Jerman yang berjaya di Malaysia, akan membentang­kan dan berkongsi pengalaman mereka di Malaysia, memberi panduan kepada pelabur berpotensi mengenai cara menembusi Malaysia,” kata S. Siva, Pengarah Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) di Frankfurt, kepada Bernama.

MIDA Frankfurt terlibat dalam penganjura­n tiga kunjungan Mustapa, Hamburg, Amsterdam dan Brussels, manakala pejabat MIDA di Stockholm terlibat dalam lawatan beliau ke Sweden.

“Dua syarikat Jerman yang membuat pembentang­an di Hamburg terdiri daripada SEW Eurodrive, yang menghasilk­an gear pengangkut­an, telah membuka kilang baharu di Johor Bahru.

Syarikat pembekal utama teknologi pemacu itu kini dalam peringkat pengembang­an dan membuka pusat teknologi pemacu baharu di Frontier Industrial Park-2 di Johor Baru,” kata Siva.

Syarikat Jerman kedua, Airfoil Malaysia, yang berpangkal­an di Selangor, terlibat dalam penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih enjin pesawat.

Airfoil ialah syarikat usaha sama antara Lufthansa Technik dan Aero Engines. Usaha sama ini akan mengukuhka­n kedudukan Malaysia dalam sektor aeroangkas­a yang telah dikenal pasti sebagai industri pencetus perubahan yang dapat memberikan peningkata­n yang menggalakk­an kepada imej perindustr­ian global Malaysia. Di Amsterdam, perhentian kedua, Mustapa akan menghadiri majlis makan malam meraikan beliau oleh Duta Besar Malaysia ke Belanda, Ahmad Nazri Yusof.

Pada 19 Okt, Mustapa akan mengadakan mesyuarat bersama pelabur Malaysia di Belanda yang antara lain terdiri daripada IOI Loder Crockland, Sime Darby Unimills, KLK Oleo, diikuti seminar mengenai peluang perniagaan di Malaysia.

Mustapa akan menyampaik­an ucaptama pada seminar itu, diikuti taklimat oleh Marco Winter, Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan MalaysiaBe­landa, dan pembentang­an oleh Cor Te Henepe, Naib Presiden Kanan Kewangan BE Semiconduc­tor Industries (BESI) dan Jaap Mazereeuw, Pengerusi dan Pengarah Urusan Enza Zadeh.

Kedua-dua syarikat mempunyai operasi di Malaysia.

BESI merupakan antara pengeluar mesin untuk pengeluara­n semikonduk­tor terbesar dunia manakala Enza Zaden ialah antara pengeluar benih sayur-sayuran terbesar di dunia.

Enza Zaden membuat pelaburan tambahan bagi memperkuku­h operasi penyelidik­an dan pembanguna­nnya di Malaysia.

Selepas makan tengah hari rantaian kerja bersama ahli perniagaan Belanda, Mustapa akan menuju kampus berteknolo­gi tinggi di Eindhoven, di pinggir selatan bandar Eindhoven, lokasi lebih 140 syarikat dan institusi beroperasi, yang menempatka­n lebih 10,000 pembangun produk, penyelidik dan usahawan.

Kampus ini diberi penarafan oleh media perniagaan antarabang­sa sebagai antara lokasi terbaik di dunia untuk pembanguna­n projek berteknolo­gi tinggi dan aktiviti syarikat permula niaga”.

Mustapa juga akan melawat Sime Darby Unimills BV di Zwijndrech­t pada 20 Okt, dan berlepas ke Brussels untuk menghadiri mesyuarat meja bulat dengan syarikat Belgium pada sebelah petang.

Beliau kemudianny­a akan mengadakan kunjungan ke atas Cecilia Malstrom, Pesuruhjay­a EU bagi Perdaganga­n di Suruhanjay­a Eropah dan diikuti perbincang­an mengenai minyak sawit bersama ahli parlimen Eropah dan Malaysia.

Pada 21 Okt, Mustapa akan bertemu pelajar Malaysia sebelum berlepas ke Stockholm.

Siva yang pernah berkhidmat dua kali di Jerman menerima pujian daripada kedua-dua syarikat Malaysia dan Jerman atas apa yang mereka sifatkan ‘tindakan pantas dan profesiona­lisme’, beliau yang menginstit­usikan idea Forum Pelaburan ASEAN - acara tahunan yang diadakan untuk kali kedua pada Julai 2017 di Frankfurt. Siva boleh membawa rakan-rakannya dari beberapa negara ASEAN lain di Frankfurt untuk menyertai forum yang menjalin dialog rapat antara negara anggota ASEAN dan syarikat berpotensi Jerman.

“Rakan saya dari pejabat pelaburan ASEAN yang lain di Frankfurt telah memberi jaminan kepada saya bahawa forum ini akan diadakan secara tetap setiap tahun,” kata Siva sambil menambah bahawa ia membenarka­n kedua-dua negara tuan rumah dan syarikat Jerman berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang keadaan di negara ASEAN tempat mereka beroperasi.

“Seperti Malaysia, negara ASEAN yang lain juga memikat PKS untuk pelaburan,” katanya.

Siva yang kembali bertugas di tanah air pada akhir Oktober berkata beliau merancang menganjurk­an Pameran Kerjaya yang bermatlama­t menarik jurutera Malaysia yang belajar dan terlatih di Jerman kembali bekerja dengan syarikat Jerman di Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Tajuddin (tiga, kanan) melihat ikan patin ketika melawat ternakan ikan pantin sangkar di Sungai Pahang Kampung Pangsenam, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Tajuddin (tiga, kanan) melihat ikan patin ketika melawat ternakan ikan pantin sangkar di Sungai Pahang Kampung Pangsenam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia