Utusan Borneo (Sarawak)

Program 1K1G akan diperluas di semua daerah di N. Sembilan

-

KUALA PILAH: Program 1 Keluarga 1 Graduan (1K1G) anjuran Yayasan UNITI akan diperluask­an di semua daerah di Negeri Sembilan memandangk­an ramai pelajar yang memerlukan sumbangan dan bantuan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UNITI Dr Syed Omar Syed Agil.

Beliau berkata program itu yang kembali aktif digerakkan sejak dua tahun lalu sebelum ini hanya memfokus kepada daerah Port Dickson dan tahun ini di daerah Kuala Pilah.

“Program1K1­Gtelahdipe­rkenalkan sejak lama dahulu untuk memastikan setiap keluarga Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai seorang graduan dari universiti mahupun institusi latihan kemahiran aras tinggi. Program ini demi mem- bantu masyarakat khususnya golongan asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Program ini diwujudkan bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang pentingnya melanjutka­n pelajaran ke menara gading, bukan sahaja untuk melahirkan golongan berilmu dan berketeram­pilan, tetapi juga dapat menjamin masa depan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) antara Yayasan UNITI dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah bagi program peningkata­n pendidikan 2017 yang turut dihadiri Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah Kamanizam Tindek.

Pada majlis itu, Syed Omar mewakili Yayasan UNITI, manakala Kamanizam mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah.

Katanya program 1K1G merupakan bantuan yang diberikan dalam bentuk kelas tuisyen secara percuma selama lima bulan iaitu antara Mei hingga Oktober dan pelajar terpilih membabitka­n pelajar tingkatan empat dan lima yang mendapat bantuan wang saku, buku rujukan dan alat tulis.

“Selain itu, pelbagai jenis bantuan juga disediakan kepada pelajar yang layak seperti bantuan yuran persekolah­an, cermin mata, basikal dan tambang bas. Program 1k1G pada tahun ini melibatkan 40 pelajar yang terdiri daripada pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhammad, SMK Datuk Abdul Samad, SMK Senaling dan SMK Datuk Muhammad Yusof, Linggi,” katanya.

Syed Omar berkata Yayasan UNITI adalah badan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh Kumpulan Pendidikan UNITI dan Kolej UNITI bagi membantu pelajar sekolah daripada keluarga asnaf dan kurang berkemampu­an untuk meneruskan kecemerlan­gan dalam pendidikan.

Pada majlis itu, Yayasan UNITI memberi sumbangan berjumlah RM42,055 iaitu RM25,000 untuk program 1K1G, RM9,555 untuk bengkel teknik menjawab soalan dan RM7,500 untuk seminar kerjaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia