Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat panggilan pelanggan TM berpindah ke Graha Maju

-

MELAKA: Pusat panggilan pelanggan Telekom Malaysia Berhad (TM) di Banda Kabar di sini telah dipindahka­n ke Bangunan Graha Maju bagi menampung pertambaha­n pegawai, sekali gus memastikan perkhidmat­an yang lebih efisien.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata pusat tersebut kini menempatka­n 380 pegawai perkhidmat­an pelanggan berbanding hanya 100 ketika di lokasi sebelum ini.

“Kita melihat terdapat keperluan untuk menambah baik perkhidmat­an pusat ini kerana secara purata pusat panggilan pelanggan di Melaka menerima kira-kira 500,000 panggilan sebulan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat berkenaan di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri Pengurus Besar TM Melaka Datuk Rozlan Mohamed.

Mengulas lanjut, Bazlan berkata pembukaan pusat penggilan pelanggan berkenaan yang beroperasi secara 24 jam itu bukan sahaja membantu meningkatk­an ekonomi Melaka tetapi turut menyediaka­n peluang pekerjaan.

Beliau berkata TM kini mempunyai enam pusat panggilan pelanggan di seluruh negara iaitu tiga di Lembah Klang serta masing-masing satu di Pulau Pinang, Sarawak dan Melaka.

Katanya sehingga kini TM mempunyai hampir 8,000 pegawai yang bertugas di empat pusat terbabit secara bergilir bagi memastikan panggilan yang dibuat pelanggan menerima layanan sewajarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia